Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 26 pertuduhan berkaitan penggubahan wang haram melibatkan transaksi lebih RM1 juta sejak November 2015.
Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 44, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu, yang mengambil masa kira-kira setengah jam untuk dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Tertuduh dari Kampung Sungai Soi di sini didakwa melakukan kesalahan itu di pelbagai bank komersial seperti Maybank, CIMB Bank dan RHB Bank di sekitar daerah ini di antara 27 Nov 2015 hingga 30 Jun 2016.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunakan akaun semasa pelbagai syarikat, menerima wang dalam pelbagai jenis mata wang seperti ringgit, bhat, rupiah dan riyal serta menggunakan wang haram untuk membeli pelbagai premis di sini.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah kesalahan terlibat atau RM5 juta ringgit, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Idamasliza Maarof memberitahu mahkamah bahawa Sheikh Saidey Nor juga dituduh bagi satu kesalahan serupa pada 2016 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan memohon supaya kes hari ini dipindahkan ke sana.
"Jika peguam bela tidak membantah kes dibicarakan bersama, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin yang diberikan di Kuala Lumpur terpakai pada kes hari ini," katanya.
Peguam S.M Karunanathan menjawab pihaknya tidak mempunyai bantahan dan bersetuju dengan jaminan itu, yang telah dijelaskan tertuduh sebelum ini.
Siti Aminah membenarkan permohonan itu dan kes ditetapkan untuk sebutan semula di Kuala Lumpur pada 11 Januari depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2017

Tertuduh melakukan kesalahan itu di pelbagai bank komersial seperti Maybank, CIMB Bank dan RHB Bank di sekitar daerah ini di antara 27 Nov 2015 hingga 30 Jun 2016.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Pengarah syarikat hadapi 26 tuduhan ubah wang haram
Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 26 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram melibatkan transaksi lebih RM1 juta sejak November 2015.