Pengarah Politeknik Nilai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tujuh pertuduhan rasuah membabitkan pelantikan syarikat pembekalan dan perkhidmatan serta menerima wang suapan berjumlah RM15,000 pada 2018.
Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh Nazri Idris, 57, didakwa menggunakan kedudukannya untuk memilih empat syarikat iaitu Unggul Merah Mewah Resources Sdn Bhd, Sinar Jaya Niaga Resources, Excellent Shark dan Pasar Segar Adik Nurr yang mempunyai hubungan dengannya.
Semua kesalahan itu dilakukan di bilik pengarah Politeknik Nilai, Kompleks Pendidikan Bandar Enstek antara November hingga Disember 2018.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama dan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.
Bagi pertuduhan kelima hingga ketujuh, Nazri didakwa menerima RM4,000 dan RM3,000 yang dipindahkan secara dalam talian ke dalam akaun Ismail Shamsuddin dan menerima wang tunai RM8,000 yang semuanya dari Syarikat Tas Solutions Enterprise.
Dia melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, Maybank cawangan TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor dan bilik pengarah Politeknik Nilai dari 15 Dis 2018 hingga 28 Jan 2019.
Syarikat berkenaan mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi pembekalan dan perkhidmatan program sama yang dianjurkan politeknik berkenaan.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali menawarkan tertuduh diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Nazri yang tidak diwakili peguam merayu ikat jaminnya dikurangkan dengan alasan mempunyai anak yang masih bersekolah, mempunyai komitmen yang tinggi dan perlu membayar hutang rumah.
Hakim Madihah Harullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Sept ini tarikh sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 26 2020
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Sept ini tarikh sebutan semula kes.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Pengarah Politeknik Nilai didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah
Nazri didakwa menggunakan kedudukannya memilih empat syarikat yang mempunyai hubungan dengannya.