Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kini boleh meluluskan projek pembangunan pendidikan sehingga RM5 juta setahun untuk negeri masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini adalah satu daripada langkah transformasi pendidikan selaras dengan usaha memperkasakan jabatan pendidikan di peringkat negeri dan daerah di bawah fasa pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.