KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah “Allah” dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.
Tiga perkataan itu ialah Baitullah, Kaabah dan solat.
Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill.
Dalam permohonannya, Jill Ireland antara lain memohon perisytiharan bahawa adalah hak perlembagaannya untuk mengakses penerbitan Kristian dalam menjalankan haknya untuk mengamalkan agama dan hak untuk pendidikan, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan arahan Kementerian Dalam Negeri pada 1986 yang melarang kalimah "Allah" dalam penerbitan Kristian sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah di sisi undang-undang.
Dalam penghakimannya, Nor Bee berkata arahan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional.
"Penggunaan perkataan itu tidak akan mengganggu ketenteraman awam," katanya.
Nor Bee berkata perkataan itu juga boleh digunakan oleh masyarakat untuk tujuan pengajaran kerana telah digunakan lebih 400 tahun.
Semasa dihubungi, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, yang mewakili Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia, mengesahkan bahawa keempat-empat perkataan itu boleh digunakan oleh penganut Kristian untuk penerbitan agama mereka.
“Bagaimanapun, penerbitan yang mengandungi keempat-empat perkataan itu perlu disertakan penafian bahawa ia ‘hanya untuk penganut Kristian’ dan juga lambang salib," katanya.
Isu ini bermula 13 tahun lepas apabila Jill Ireland memulakan permohonan semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalikan lapan CD (cakera padat) yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008, sebaik tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.
CD berkenaan bertajuk “Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah”, “Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah” dan “Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah”.
Wanita itu memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar penyitaan CD tersebut serta memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan Kristian.
Mahkamah Tinggi pada Julai 2014, memerintahkan CD itu dipulangkan kepada Jill Ireland, tetapi tidak mengeluarkan arahan berhubung pengisytiharan yang dimohon wanita itu mengenai isu perlembagaan.
Pada Jun 2015, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Kementerian Dalam Negeri memulangkan lapan CD dirampas milik wanita itu selepas menolak rayuan kementerian dan kerajaan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan juga mengarahkan perkara itu didengar kembali di Mahkamah Tinggi berhubung isu perlembagaan.
Mahkamah Tinggi sepatutnya memberi penghakimannya pada 2018 tetapi ditangguhkan beberapa kali atas beberapa alasan.
Dalam keputusannya yang mengambil masa lebih 90 minit untuk dibacakan, Nor Bee memberikan tiga perintah termasuk perisytiharan bahawa Jill Ireland mempunyai hak perlembagaan di bawah Perkara 3, 8, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan untuk mengimport penerbitan semasa menjalankannya hak untuk mengamalkan agamanya dan hak untuk mendapat pendidikan.
Dua perisytiharan lain yang dibenarkan oleh hakim itu adalah di bawah Perkara 8, bahawa Jill Ireland dijamin kesamarataan di sini undang-undang dan dilindungi dari diskriminasi terhadap warganegara atas alasan agama dalam pentadbiran undang-undang - khususnya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) dan Akta Kastam 1967 dan perisytiharan bahawa arahan kerajaan yang dikeluarkan Bahagian Kawalan Penerbitan Kementerian Dalam Negeri melalui surat pekeliling bertarikh 5 Dis 1986 adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.
"PPPA hanyalah undang-undang untuk memeriksa penerbitan yang tidak diingini dan bukan bagi tujuan menjaga ketenteraman awam, moral dan kesihatan masyarakat. Jika menteri tidak mengikuti undang-undang yang mengatur pelaksanaan kuasanya, maka beliau telah bertindak secara tidak sah, kerana melampaui had kuasanya.
"Dalam kes ini, menteri tidak bertindak mengikut akta itu (PPPA). Tidak dipertikaikan bahawa Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa penduduk di Sabah dan Sarawak. Seperti yang dapat dilihat daripada afidavit oleh pemohon dan beberapa afidavit lain, yang semuanya tidak dibantah, tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah “Allah” dalam Bahasa Malaysia dalam mengamalkan agama mereka sejak berabad-abad," katanya.
Hakim itu berkata afidavit oleh tiga orang Muslim yang dikemukakan kepada mahkamah sebelum ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga mereka tidak keliru dengan penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut Kristian.
Beliau berkata pada 2011, kerajaan ketika itu telah mengemukakan cadangan 10 perkara untuk menyelesaikan masalah penggunaan kalimah "Allah" dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia versi kitab Bible.
"Penyelesaian 10 perkara itu menunjukkan penerimaan Kabinet terhadap penggunaan kalimah 'Allah', yang tidak pernah menjadi masalah di Sabah dan Sarawak. Kalimah 'Allah' dapat digunakan di kedua-dua negeri tanpa sekatan dan tidak ada syarat bagi penggunaan tempatan kitab Bible untuk komuniti peribumi di sana.
“Saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa penyelesaian 10 perkara itu menunjukkan toleransi agama yang merangkumi semua oleh Kabinet. Jika Kabinet menarik balik arahan (1986) yang disanggah apabila penyelesaian 10 perkara (dikemukakan), tidak akan ada masalah," katanya.
Peguam Lim Heng Seng dan Annou Xavier mewakili Jill Ireland.
Bernama
Wed Mar 10 2021
![Penganut Kristian boleh guna kalimah 'Allah' Penganut Kristian boleh guna kalimah 'Allah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613484071_courtgavelmahkam.jpg)
Dalam permohonannya, Jill Ireland antara lain memohon perisytiharan bahawa adalah hak perlembagaannya untuk mengakses penerbitan Kristian dalam menjalankan haknya untuk mengamalkan agama dan hak untuk pendidikan. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
!['Miza Ozawa' mengaku salah cari pelanggan bagi maksud persundalan 'Miza Ozawa' mengaku salah cari pelanggan bagi maksud persundalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
'Miza Ozawa' mengaku salah cari pelanggan bagi maksud persundalan
Wanita itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki bahan lucah dan ubat tidak berdaftar dengan KKM.
![Bekas penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM300,000 Bekas penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM300,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710236045_JUDGE.jpg)
Bekas penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM300,000
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia di Labuan.
![Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekali lagi 'dikerumuni' Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekali lagi 'dikerumuni'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718251903_PerkaranganKompleks.jpg)
Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekali lagi 'dikerumuni'
Kira-kira 50 petugas media 'berkampung' di sekitar Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sejak awal pagi, menantikan perkembangan kes Zayn Rayyan.
![Lelaki cederakan teman wanita, rosakkan harta, didenda RM4,000 Lelaki cederakan teman wanita, rosakkan harta, didenda RM4,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Lelaki cederakan teman wanita, rosakkan harta, didenda RM4,000
Mahkamah perintahkan lelaki itu dipenjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.
![Anak Presiden AS, Hunter Biden didapati bersalah Anak Presiden AS, Hunter Biden didapati bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694725808_HunterBiden.jpg)
Anak Presiden AS, Hunter Biden didapati bersalah
Hunter Biden dituduh membuat dua kenyataan palsu semasa mengisi borang untuk membeli pistol Colt pada Oktober 2018.
![Dua remaja mengaku salah rosakkan kereta berhampiran Balai Polis Serdang Dua remaja mengaku salah rosakkan kereta berhampiran Balai Polis Serdang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715243403_courtgavelmahkam.jpg)
Dua remaja mengaku salah rosakkan kereta berhampiran Balai Polis Serdang
Majistret menetapkan 8 Ogos ini untuk jatuh hukum bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
![Fitnah menteri: Mahkamah Singapura perintah adik bekas PM Singapura bayar S$400,000 Fitnah menteri: Mahkamah Singapura perintah adik bekas PM Singapura bayar S$400,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716554462_LeeHsienYang.jpg)
Fitnah menteri: Mahkamah Singapura perintah adik bekas PM Singapura bayar S$400,000
Mahkamah juga mengarahkan Lee Hsien Yang membayar S$51,000 sebagai kos kepada setiap menteri.
![1MDB saman Patrick Mahoney, tuntut bayar semula wang US$1.83 bilion 1MDB saman Patrick Mahoney, tuntut bayar semula wang US$1.83 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665398947_MDB.jpg)
1MDB saman Patrick Mahoney, tuntut bayar semula wang US$1.83 bilion
1MDB memfailkan saman terhadap Patrick Mahoney bagi menuntutnya membayar semula wang berjumlah US$1.83 bilion kerana didakwa telah membantu beberapa individu berhubung penyelewengan dana 1MDB.
![Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
![Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711866103_gaveltukulmahkam.jpg)
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.