SERDANG: Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada penganjur acara jualan baju terpakai atau 'bundle' dan penyewa tapak di sebuah pusat membeli-belah di Serdang, Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, pihaknya mengenal pasti video tular di media sosial berdurasi 1 minit 12 saat yang memaparkan beberapa peniaga baju terpakai itu mengamuk selepas didakwa ditipu oleh penganjur acara jualan berkenaan dengan nilai mencecah RM36,000.
"Polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan yang juga pengurus acara jualan berkenaan berkaitan isu peniaga yang menyewa tidak berpuas hati.
"Peniaga yang menyewa tapak berkenaan tidak berpuas hati dengan penganjur dan meminta untuk dikembalikan wang mereka.
"Laporan polis turut dibuat oleh penyewa dan kedua-dua belah pihak telah dipanggil polis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Anbalagan berkata, penganjur acara jualan tersebut membuat laporan untuk rujukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
"Manakala pihak penyewa juga telah mengesahkan akan memulangkan kembali barang yang diambil untuk tujuan cagaran.
"Setakat ini, polis masih lagi menyiasat kejadian tersebut," ujarnya.
Afiezy Azaman
Sun Oct 30 2022
Kedua-dua pihak penyewa dan penganjur telah dipanggil untuk membantu siasatan polis. - Foto Sinar Harian
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Penganjur, peniaga 'bundle' dipanggil polis
Peniaga yang menyewa tapak berkenaan tidak berpuas hati dengan penganjur dan meminta untuk dikembalikan wang mereka.