Pengendali kem motivasi yang mengundang kontroversi apabila 39 pesertanya berbogel di padang permainan sebuah resort di sini pada petang Sabtu, mengakui mereka "keterlaluan" dalam menjalankan program itu.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata perkara itu diakui mereka semasa dipanggil memberi keterangan pada malam kejadian, selain turut menyedari perbuatan mereka salah.
"Hasil soal siasat mendapati 39 peserta yang berumur 19 hingga 23 tahun, termasuk 23 pelajar itu hanya mengikut arahan yang diberikan kepada mereka semasa program tersebut dilaksanakan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
BACA: Bogel All Out: Penganjur hilang akal macam orang zaman batu - Nazri
BACA: Kes bogel 'All Out': Peserta tidak wajar dipersalahkan - Polis
Mohamad Mansor berkata kesemua peserta dan sembilan wakil syarikat serta fasilitator termasuk dua wanita telahpun dibebaskan dengan jaminan polis secara berperingkat sehingga pukul lima petang semalam selepas diambil keterangan.
Katanya siasatan juga mendapati pihak pengurusan resort berkenaan tidak terlibat dalam penganjuran kem motivasi itu dan hanya bertanggungjawab untuk menyewakan tempat, menyediakan peralatan serta makanan.
Mereka difahamkan langsung tidak tahu-menahu tentang kejadian tersebut sehinggalah dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan pada malam kejadian, katanya.
Beliau berkata syarikat dari Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur itu pernah menyewa resort berkenaan sebanyak dua kali sebelum ini untuk penganjuran kem motivasi, namun difahamkan modul 'berbogel' tersebut kali pertama dilakukan.
"Kertas siasatan berhubung kes ini hampir selesai dan polis telahpun mengambil keterangan semua pihak terlibat termasuk pihak syarikat, peserta, penduduk dan pengurusan resort.
"Ia dijangka dapat disiapkan dalam minggu ini sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat untuk tindakan selanjutnya," kata Mohamad Mansor.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana kelakuan lucah di khalayak awam yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan dan denda.
Dalam kejadian 5.30 petang Sabtu, 39 peserta sebuah kem motivasi dilaporkan berbogel di kawasan padang sebuah resort di sini ketika bermain satu permainan dinamakan 'All Out'.
Dalam permainan itu peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki membuat garisan panjang dengan menggunakan alatan yang ada pada mereka menyebabkan peserta menanggalkan pakaian masing-masing sehingga berbogel.
Berikutan itu polis menahan 48 orang iaitu 39 peserta dan sembilan fasilitator serta wakil syarikat pada 12.30 tengah malam Ahad bagi membantu siasatan.
--BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2017

Pengendali kem motivasi 'bogel' mengakui mereka keterlaluan dalam menjalankan program itu. - fotoBERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Tiga lelaki ditahan kes pukul pekerja kedai serbaneka
Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki terbabit dalam kes pukul seorang pekerja kedai serbaneka sehingga cedera di kepala.

Polis kenal pasti identiti sebenar mangsa maut kemalangan bas
Polis mengesahkan terdapat ralat berkaitan identiti seorang mangsa yang meninggal dunia akibat kemalangan membabitkan sebuah bas terbabas di Kilometer 51.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

Pelaburan tak wujud: 15 lelaki didenda RM10,000
Majistret turut memerintahkan kesemua tertuduh berumur 17 hingga 31 tahun itu dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

RMK12 : PDRM mohon peruntukan RM5.1 bilion
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon peruntukan sebanyak RM5.1 bilion dalam rancangan boleh pinda keempat Rancangan Malaysia Ke-12.

Pahang catat hasil negeri RM911 juta setakat Sept - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang berjaya mencatat kutipan hasil negeri RM911 juta setakat September tahun ini.

Tanah mendap di KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak, laluan ditutup sementara
Laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak arah timur dan barat ditutup sementara susulan kejadian tanah mendap di Kilometer 66.1 lebuh raya tersebut.

Bas ekspres bawa 42 penumpang terbakar
Seramai 42 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki terbakar di KM52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bentong, malam tadi.

Lelaki OKU direman tujuh hari dipercayai bunuh bapa
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes seorang warga emas berusia 64 tahun yang ditemui mati di sebuah flat.