Penganjur Perhimpunan Bersih 4 berkata mereka tidak akan bercakap mengenai butiran akaun sumbangan orang ramai yang mereka terima sehingga polis mendakwa mereka di mahkamah.
Pengerusi Bersih 4 Maria Chin Abdullah bagaimanapun menyatakan wang yang disumbang orang ramai berjumlah kira-kira RM2.45 juta.
"Mereka (polis) bertanya kami mengenai sumbangan itu, akaunnya, apakah kami mengiklan di media sosial dan berapa banyak telah kami belanjakan.
"Kami tidak menjawab semua soalan, kami berhak menutup mulut di bawah seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah dan kami akan menjawab semua soalan itu jika mereka mendakwa kami di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas memberikan kenyataannya kepada polis di ibu pejabat Bukit Aman di sini mengenai perhimpunan Bersih 4.
Maria antara tujuh individu yang dipanggil polis ke Bukit Aman hari ini untuk membantu siasatan mengenai perhimpunan itu hujung minggu lepas.
Turut dipanggil ialah timbalan pengerusi Bersih 4 Sarajun Huda, bendaharinya Masjaliza Hamzah, anggota jawatankuasa Farhana Halim dan Fadiah Nadwa, anggota sekretariat Mandeep Singh dan aktivis pelajar Adam Adli.
Maria berkata mereka juga ditanya polis mengenai kandungan kenyataan media mereka pada 29 Julai berkaitan perhimpunan itu.
"Kami disoal siasat di bawah tiga seksyen - Seksyen 120, 124C dan 141 Kanun Keseksaan," kata beliau.
Maria berkata, penganjur tidak bertanggungjawab terhadap insiden beberapa peserta Bersih 4 memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Maria berkata memijak gambar tidak termasuk dalam program Bersih 4 dan mereka menentang tindakan seumpama itu dan tidak menyokong orang yang terlibat dalam insiden itu.
Bernama
Wed Sep 02 2015
Pengerusi Bersih 4 Maria Chin Abdullah (Gambar) bagaimanapun menyatakan wang yang disumbang orang ramai berjumlah kira-kira RM2.45 juta. - Gambar fail
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Tukar perspektif himpunan warna 'lampu isyarat'
Perhimpunan di negara ini mengikut tema warna lampu isyarat - Bersih dengan warna kuning, Himpunan Rakyat Bersatu dengan warna merah dan Himpunan 60 Ribu dengan warna hijau.
Pasca Bersih 4: 'Kenapa biar orang pijak gambar pemimpin kita?' - Syed Ali
Perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu merupakan mesej jelas supaya orang Melayu kembali bersatu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.