KUALA LUMPUR: Semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk teksi dan e-hailing dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dari 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
"Semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk teksi dan e-hailing dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang tempoh PKP 3.0 yang dilanjutkan sehingga 28 Jun 2021.
"Namun begitu, bagi memudah cara perjalanan, pemandu teksi diminta mendapatkan surat kebenaran beroperasi dari Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) di www.aplication.mot.gov.my," katanya.
Manakala, jelas beliau lagi, buat pemandu e-hailing pula mereka perlu mendapatkan salinan surat kebenaran MOT yang telah diberikan kepada syarikat operasi masing-masing.
"Surat tersebut beserta Lesen PSV (passenger service vehicle) yang dikeluarkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diperlukan sebagai bukti kebenaran beroperasi di Sekatan Jalan Raya (SJR).
Ujarnya dalam kenyataan sama, setiap kenderaan penumpang yang dinyatakan juga dihadkan kepada tiga individu iaitu seorang pemandu dan dua penumpang.
"Ia termasuk bagi kenderaan bersaiz lebih besar seperti 4WD dan van," jelas beliau.
Dalam masa yang sama Ka Siong turut menyeru pengguna pengangkutan awam perlu mendapatkan kebenaran rentas negeri atau daerah daripada pihak PDRM sekiranya menggunakan mana-mana mod pengangkutan awam bagi perjalanan berkaitan.
"Kesemua pemain industri yang telah mendapat kelulusan di bawah SMILE bertarikh sebelum 1 Jun 2021 boleh memuat turun semula surat pengesahan beroperasi di laman web sama tanpa perlu mendaftar semula," kata beliau.
Nickyson Nyambar
Sat Jun 12 2021
![Pengangkutan awam, termasuk teksi dan e-hailing dibenar beroperasi sepanjang PKP 3.0 Pengangkutan awam, termasuk teksi dan e-hailing dibenar beroperasi sepanjang PKP 3.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612340984_MenteriPengangkutan.jpg)
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kebenaran beroperasi bagi kenderaan penumpang dihadkan kepada tiga individu iaitu satu pemandu dan seorang penumpang. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Projek lombong lantanid di Hulu Perak boleh mula operasi bulan ini - MB Projek lombong lantanid di Hulu Perak boleh mula operasi bulan ini - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663061569_TBSAARANIAWANI.jpg)
Projek lombong lantanid di Hulu Perak boleh mula operasi bulan ini - MB
Dua kelulusan terakhir untuk projek perlombongan nadir bumi lantanid, di Hulu Perak, telah diperolehi baru-baru ini, dan projek itu akan bermula bulan ini.
![Kerajaan pertimbang benar kilang beroperasi jika 80 peratus pekerja lengkap 2 dos vaksin Kerajaan pertimbang benar kilang beroperasi jika 80 peratus pekerja lengkap 2 dos vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626861734_kilangkompaun.jpg)
Kerajaan pertimbang benar kilang beroperasi jika 80 peratus pekerja lengkap 2 dos vaksin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu masih lagi dalam perbincangan dan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
![Kontraktor G1, G2 boleh mohon kebenaran operasi di balai polis terdekat - KPN Kontraktor G1, G2 boleh mohon kebenaran operasi di balai polis terdekat - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71622565724_DatukSeriAcrylSa.jpg)
Kontraktor G1, G2 boleh mohon kebenaran operasi di balai polis terdekat - KPN
Setiap permohonan perlu disertakan dengan dokumen pendaftaran syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
![MITI digesa turun padang pantau syarikat sebelum beri kelulusan beroperasi - DPDM MITI digesa turun padang pantau syarikat sebelum beri kelulusan beroperasi - DPDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51622375601_TBMiti.jpg)
MITI digesa turun padang pantau syarikat sebelum beri kelulusan beroperasi - DPDM
Wong menyuarakan kebimbangan sekiranya terdapat syarikat bukan perkhidmatan penting telah memperoleh kelulusan untuk beroperasi.
![Total Lockdown: 366 permohonan peroleh kebenaran beroperasi, 1,420 ditolak - MCMC Total Lockdown: 366 permohonan peroleh kebenaran beroperasi, 1,420 ditolak - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619747039_MCMCLogo.jpg)
Total Lockdown: 366 permohonan peroleh kebenaran beroperasi, 1,420 ditolak - MCMC
Daripada jumlah tersebut, 132 kelulusan melibatkan syarikat perkhidmatan telekomunikasi, 108 berkaitan penyiaran dan 126 berkaitan pos dan kurier.
![Total Lockdown: MITI bukan penentu tunggal untuk kebenaran operasi syarikat atau sektor - Azmin Total Lockdown: MITI bukan penentu tunggal untuk kebenaran operasi syarikat atau sektor - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51619432663_TBAzminAli.jpg)
Total Lockdown: MITI bukan penentu tunggal untuk kebenaran operasi syarikat atau sektor - Azmin
Sehingga kini, 586,308 permohonan telah berdaftar dengan CIMS dan hanya 128,150 (21.8%) surat kebenaran beroperasi diluluskan CIMS
![CIDB arah 15 tapak pembinaan tidak patuh SOP tutup operasi - Fadillah CIDB arah 15 tapak pembinaan tidak patuh SOP tutup operasi - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/41534059262_Construction.jpg)
CIDB arah 15 tapak pembinaan tidak patuh SOP tutup operasi - Fadillah
Sejak PKP dilaksanakan pada 13 Jan lepas, CIDB telah menjalankan pemeriksaan ke atas 1,022 tapak pembinaan dan 1,007 didapati mematuhi SOP yang ditetapkan.
![Indeks pembinaan naik berikutan kerajaan benarkan projek utama sambung operasi Indeks pembinaan naik berikutan kerajaan benarkan projek utama sambung operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51588138295_Kontraktor.jpg)
Indeks pembinaan naik berikutan kerajaan benarkan projek utama sambung operasi
Kemajuan projek-projek pembinaan negara termasuk projek mega terhenti apabila kerajaan membuat keputusan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac.