KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan mencederakan seorang wanita di sebuah kedai dobi layan diri dalam kejadian pada 30 September lalu.
Tertuduh, Muhamad Faiz Radzali, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menikam belakang wanita berusia 31 tahun itu menggunakan sebilah gunting ketika cuba menyamun mangsa di kedai dobi tersebut.
Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 3.30 petang di Kem Sri Pantai, Seberang Takir di daerah Kuala Nerus.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh hukuman.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Riffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 05 2023
![Penganggur mengaku salah tikam wanita di kedai dobi Penganggur mengaku salah tikam wanita di kedai dobi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696502440_TBTikamWanita.jpg)
Muhamad Faiz Radzali, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di mahkamah. - Gambar/ Sinar Harian
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Lelaki tikam, cuba rompak wanita di kedai dobi dipenjara 7 tahun, 4 sebatan Lelaki tikam, cuba rompak wanita di kedai dobi dipenjara 7 tahun, 4 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696926102_TBTikamWanita.jpg)
Lelaki tikam, cuba rompak wanita di kedai dobi dipenjara 7 tahun, 4 sebatan
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana cuba merompak dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang wanita di sebuah kedai dobi.
![Penganggur mengaku salah tikam wanita di kedai dobi Penganggur mengaku salah tikam wanita di kedai dobi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696502440_TBTikamWanita.jpg)
Penganggur mengaku salah tikam wanita di kedai dobi
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan mencederakan seorang wanita di sebuah kedai dobi layan diri dalam kejadian pada 30 September lalu.