IPOH: Seorang penganggur berusia 22 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas tuduhan merogol adik iparnya yang berusia 11 tahun, minggu lepas.
Bapa kepada seorang anak itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Ipoh kira-kira jam 11 malam, 16 September lalu.
Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan juga dibaca bersama Seksyen 16 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanan-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 23 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Rhozariah Mohd manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tertuduh ditahan pada Selasa lepas selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu.
Mengikut laporan, tertuduh memanggil mangsa di ruang tamu rumah dan meminta bantuan mangsa untuk mengorek telinga sebelum secara tiba-tiba menarik mangsa naik ke bilik dan merogolnya.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Sep 22 2023

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Ipoh kira-kira jam 11 malam, 16 September lalu. - Gambar/ Astro AWANI
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.
Vietnam kaji semula duit terhadap barangan AS
Vietnam sedang mengkaji semula duti terhadap barangan Amerika Syarikat termasuk gas asli cecair, produk pertanian, dan produk teknologi tinggi.
Thailand perlu turunkan cukai import ke atas barangan AS
Sebuah Kumpulan perniagaan Thailand menggesa Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra untuk berunding dengan Amerika Syarikat bagi menurunkan cukai import ke atas barangan dari negara barat itu
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.

Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan warga Indonesia agar wang RM1 juta yang dibayar sebagai jaminan dikembalikan kepadanya.
Desas-desus Sri Mulyani letak jawatan tidak benar
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati belum ada cadangan untuk meletak jawatan dari Kabinet Prabowo, kata Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad
Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah
Myanmar berdepan krisis makanan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan keadaan yang semakin merosot menjejaskan hak asasi manusia di seluruh negara itu, menurut PBB.h

Rogol adik ipar, pemotong rumput dipenjara 42 tahun, 30 sebatan
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 42 tahun dan 30 sebatan terhadap seorang pemotong rumput setelah didapati bersalah merogol adik iparnya.

Penganggur mengaku bersalah rogol adik ipar Darjah 5
Seorang penganggur berusia 22 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas tuduhan merogol adik iparnya yang berusia 11 tahun, minggu lepas.

Penganggur tidak mengaku subahat kes rogol adik ipar
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan bersubahat dalam kejadian rogol bergilir-gilir adik iparnya di sebuah rumah, minggu lalu.

Rogol adik ipar: Pemandu lori dipenjara 20 tahun dan 20 kali sebatan
Lelaki tersebut merupakan bekas suami kepada kakak mangsa dan pasangan itu telah bercerai enam tahun selepas kejadian rogol itu dilaporkan.

Rogol adik ipar, tukang kebun dihukum penjara 20 tahun, 20 sebatan
Tertuduh didakwa merogol adik iparnya yang berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kemasik kira-kira jam 9.30 pagi pada 21 September lalu.