Seorang lelaki maut apabila dilanggar sebuah motosikal dalam satu kemalangan di Jalan Tambun, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa yang merupakan seorang penganggur berusia 48 tahun itu sedang melintas jalan apabila tiba-tiba dilanggar oleh penunggang motosikal yang datang dari arah Ulu Kinta menghala ke Ipoh.
Ketua Polis Daerah Ipoh Mohd Ali Thamby berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penunggang motosikal itu tiba dan telah ternampak mangsa menyeberang jalan dari arah kanan ke sebelah kiri jalan secara tiba-tiba.
"Oleh kerana jarak terlalu dekat penunggang motosikal berusia 25 tahun itu tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa yang menyebabkan penunggang motosikal itu terbabas dan masuk ke dalam longkang.
"Akibat kemalangan mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal mengalami cedera parah pada bahagian kaki dan tangan dan telah dibawa ke hospital," kata beliau ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Mangsa yang maut telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.
"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaan di kepala akibat dilanggar," kata Mohd Ali.
Beliau berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati lokasi adalah jalan negeri mempunyai dua lorong dan garisan putus-putus pembahagi arah jalan dan cuaca baik.
Motosikal itu mengalami kerosakan pada bahagian hadapan, pemulas kiri bengkok dan coverset sebelah kiri pecah.
"Siasatan masih dijalankan dan tiada tangkapan dibuat," tambah Mohd Ali.
Intan Zalila Baharudin
Mon Sep 10 2018
![Penganggur maut dirempuh motosikal Penganggur maut dirempuh motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81536582269_TBREMPUHMOTORx.jpg)
Mangsa yang merupakan seorang penganggur berusia 48 tahun itu sedang melintas jalan apabila tiba-tiba dilanggar oleh penunggang motosikal. - Astro AWANI
![Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721196548_NurFarahKartiniT.jpg)
Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit
Sebuah telefon bimbit dipercaya milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemukan dalam parit, berhampiran lokasi mayat mangsa ditemukan.
![Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719905942_AzalinaOthman.jpg)
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.
![Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194556_rasuah.jpg)
Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah
Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang direman SPRM.
![TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721189949_tbTEKUNMADANI.jpg)
TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan
Sempena Karnival TEKUN Madani Peringkat Pulau Pinang, TikTok Shop Malaysia merekodkan kejayaan memberangsangkan hasil kerjasama dengan TEKUN Nasional dan berjaya menarik lebih dari 40,000 usahawan.
![Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721194929_tbSultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT
Tujuh penerima biasiswa berkenaan ialah bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD), manakala tujuh pada peringkat sarjana (penyelidikan).
AWANI Ringkas: Apa punca kematian Nur Farah Kartini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194847_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara hari ini.
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Senator tertinggi Amerika Syarikat Bob Menendez didapati bersalah ke atas semua 16 pertuduhan jenayah yang dihadapinya dalam perbicaraan rasuah yang mendapat liputan meluas di New York.
Mangsa maut di hotel Bangkok dipercayai diracun
Pihak berkuasa Thailand mengsyaki kematian enam warga asing yang didalam bilik hotel mewah di Bangkok kerana diracun.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
!['Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon 'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon
Maksud perkataan 'danger' yang dikatakan oleh Kim Pan-gon, dalam sidang media sebelum ini hanyalah satu salah faham.
![Dirempuh motosikal, anggota JPJ tidak patah semangat Dirempuh motosikal, anggota JPJ tidak patah semangat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695018136_anggotaJPJ.jpg)
Dirempuh motosikal, anggota JPJ tidak patah semangat
Anggota JPJ yang cedera akibat dirempuh motosikal ketika sekatan jalan raya, tetap bersemangat dan tidak serik menjalankan tugasnya.
![Penganggur maut dirempuh motosikal Penganggur maut dirempuh motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81536582269_TBREMPUHMOTORx.jpg)
Penganggur maut dirempuh motosikal
Mangsa yang merupakan seorang penganggur berusia 48 tahun itu sedang melintas jalan apabila tiba-tiba dilanggar oleh penunggang motosikal.
![Langgar lari pejalan kaki: Kertas siasatan dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri esok Langgar lari pejalan kaki: Kertas siasatan dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/51491569095_LanggarLari.jpg)
Langgar lari pejalan kaki: Kertas siasatan dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri esok
Pihak polis telah selesai merakam percakapan suspek dan kertas siasatan itu akan dirujuk ke PPN untuk arahan seterusnya.