KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu sebuah syarikat pembekal elektrik berhubung pembelian saham lebih RM17 juta, 17 tahun lepas.
Wong Jit Kiang (He), 69, didakwa bersubahat dengan Gordon Toh Chun Toh untuk menipu syarikat Multi-code Electronics Industries (M) Bhd dalam pembelian 11.1 juta unit sahamnya sehingga syarikat berkenaan mengeluarkan deposit tetap mereka sebanyak RM17,646,168.74.
Daripada jumlah tersebut, RM17,552,275.20 telah dipindahkan ke akaun Kenanga Investment Bank Berhad di Standard Chartered Bank Berhad di sini, untuk pembelian saham tersebut oleh Ace Prelude Sdn Bhd.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kenanga Investment Bank Berhad, Taman Pelangi, Johor Bahru antara 26 dan 28 Mac 2007.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 122C(c) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (Akta 280) dibaca bersama Seksyen 87A(b) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 88B akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM1 juta dan penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Sekuriti, Hashley Tajudin tidak menawarkan jaminan kerana ia kesalahan yang tidak boleh dijamin namun peguam Wan Shahrizal Wan Ladin mewakili Wong memohon jaminan rendah kerana anak guamnya diisytiharkan muflis selain mempunyai penyakit jantung.
"Saya mohon mahkamah mengguna pakai budi bicara untuk membenarkan tertuduh diikat jamin dan sekiranya jaminan dibenarkan, saya mohon satu jaminan yang tidak membebankan dengan mengambil kira faktor usia tertuduh dan beliau juga seorang yang bankrup," kata peguam.
Hakim Azrul Darus tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 11 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
--BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024

Hakim Azrul Darus tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 11 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. - Gambar fail/Astro AWANI
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Penganggur didakwa tipu pembelian saham lebih RM17 juta
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu sebuah syarikat pembekal elektrik berhubung pembelian saham lebih RM17 juta.