Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas tiga tuduhan rasuah melibatkan RM100,000, kononnya untuk diberi kepada pegawai kerajaan negeri Perak bagi membantu mendapatkan kelulusan projek melombong pasir di sekitar Perak, empat tahun lalu.
Tertuduh, Abdul Munif Ali, 52 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa secara rasuah meminta wang tunai RM10,000 daripada Rashid Mat Desa, kononnya untuk dibayar kepada Suzana Mat Noor, Pembantu Khas kepada Pegawai Kewangan negeri pada pukul 10.30 pagi 2 Februari 2015.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah menerima suapan RM10,000 kononnya untuk diberikan kepada pegawai kerajaan negeri Perak untuk mendapatkan dokumen sulit kerajaan serta membantu mendapatkan projek melombong pasir, kira-kira jam 6 petang 4 Februari 2015 di Old Town White Coffee, Ipoh Garden, di sini.
Dia juga dituduh pada tarikh, masa dan tempat yang sama, secara rasuah meminta wang tunai RM80,000 daripada Nor Azman Hashim.
Wang itu kononnya untuk diberi kepada pegawai kerajaan negeri Perak bagi mendapatkan kelulusan permohonan projek melombong pasir di sekitar Perak yang dipohon oleh Rashid Mat Desa dan Nor Azman Hashim.
Ketiga-ketiga pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 16 (b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurdihana Rosdi.
Hakim menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 ke atas tertuduh dan 4 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Aug 01 2019
Bagi pertuduhan kedua, Abdul Munif didakwa secara rasuah menerima suapan RM10,000 kononnya untuk diberikan kepada pegawai kerajaan negeri Perak untuk mendapatkan dokumen sulit kerajaan serta membantu mendapatkan projek melombong pasir. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
Penganggur didakwa rasuah RM100,000 konon untuk pegawai kerajaan negeri Perak
Tertuduh, Abdul Munif Ali, 52 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.