SHAH ALAM: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh membidas kenyataan 'berat sebelah' Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berhubung keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, pendirian yang dikeluarkan badan bukan kerajaan (NGO) itu jelas berbeza dengan apa yang berlaku dalam kes Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
"Bila Anwar Ibrahim diberikan pengampunan dulu langsung tak berbunyi pula ya.
"Bab kena kat muka sendiri boleh, bab orang lain tak boleh," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Hantaran Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu dibuat bagi merujuk kenyataan Bersih.
Bersih pada Sabtu dilapor menggesa hukuman terhadap Najib dilaksanakan secara penuh sama seperti rakyat biasa yang melakukan kesalahan jenayah.
NGO itu berkata, walaupun Lembaga Pengampunan mempunyai hak perlembagaan memberi pengampunan, namun keputusan tersebut akan memberi kesan kepercayaan rakyat berhubung sistem keadilan negara.
Dalam pada itu, hantaran Dr Muhamad Akmal pada Jumaat yang dimuat naik bersama gambar ketika Himpunan Aman Pulangkan Najib tahun lalu menimbulkan tanda tanya.
Ia dipercayai dibuat sebaik sahaja keputusan Lembaga Pengampunan yang mengesahkan pengampunan terhadap Najib dikeluarkan.
Media pada Jumaat melaporkan, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 membuat keputusan untuk memberi pembebasan awal pada 23 Ogos 2028 kepada Najib.
Keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari lalu dan dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika itu masih Yang di-Pertuan Agong.
Tarikh tersebut adalah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 03 2024
Dr Muhamad Akmal berkata, pendirian NGO itu jelas berbeza dengan apa yang berlaku dalam kes Anwar sebelum ini. - Gambar fail
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
AWANI Ringkas: PM: Akrab dengan China tidak bermakna menyebelahi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Yinxing
Taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.
AWANI Pagi: Jiwa SME | Rahsia usahawan tempatan menawan cabaran untuk kecapi kejayaan
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama tiga tetamu, Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, Pengasas Sumatraa Sdn Bhd, Mohammad Syaifullah Che Ghani dan Nor Hedayah Kaulan, Pengasas Hedy's International Sdn Bhd berkongsi rahsia kejayaan dalam bidang keusahawanan dan bagaimana mereka menerima bantuan untuk mengecapi kejayaan itu.
Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang "tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak."
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 November 2024
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
'Jaga mulut kamu Fahmi, jangan celupar!' - Razali Idris
Razali menempelak tindakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang didakwa menuduh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebarkan berita palsu.
Pengampunan Najib: 222 Ahli Parlimen perlu tampil, redakan keresahan rakyat - #RasuahBusters
Pengampunan separa dan pengurangan denda terhadap hukuman Datuk Seri Najib Razak mengundang keresahan rakyat dan menghantar isyarat salah kepada dunia.
Kertas siasatan Tony Pua siap dalam tempoh terdekat - KPN
Kertas siasatan berhubung kenyataan Tony Pua didakwa menghina institusi diraja berkaitan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka siap dalam tempoh terdekat.
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
MUDA kritik tindakan terhadap Tony Pua, gesa kerajaan semak semula akta hasutan
Kerajaan Madani digesa supaya menyemak semula dan mengemas kini akta hasutan susulan Tony Pua dipanggil untuk direkod keterangan.
Tiada gerakan guling Ahmad Zahid di Pulau Pinang
UMNO Pulau Pinang menafikan ada kalangan ketua bahagian di negeri ini terlibat dalam usaha untuk menggulingkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
'Daddy pesan akan kembali bersama' - Nooryana Najwa
Yana nampak Najib memegang surat berkenaan keputusan Lembaga Pengampunan sewaktu melawat bapanya di Penjara Kajang.
Najib berhak mohon pengampunan, biarpun kes lain masih berjalan - Pakar Perlembagaan
Peraturan penjara membenarkan permohonan dibuat oleh mana-mana pesalah atau banduan, tanpa mengira status individu tersebut.
Hukuman Najib turun kepada 6 tahun, denda RM50 juta
Hukuman penjara bekas Perdana Menteri itu dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
'Kabinet dimaklumkan isu pengampunan Najib' - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu bahawa Kabinet ada dimaklumkan sepintas lalu mengenai pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.