MELAKA: Pengamal media khususnya wartawan diraikan di sini hari ini menerusi sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022.
Selepas dua tahun tidak diadakan kerana penularan COVID-19, HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara' itu akan dirasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang ini.
BACA: PM Ismail Sabri dijadual rasmi HAWANA 2022 di Melaka Ahad ini
Sambutan di negeri bersejarah ini juga bakal menyaksikan Deklarasi Melaka 2022 dibacakan yang mengandungi pandangan dan hasrat wartawan serta aspirasi mereka dalam melaksanakan tugasan serta peranan bersama-sama dalam membangun negara.
Selain itu, acara kemuncak adalah penyampaian Anugerah HAWANA 2022 kepada wartawan profesional/individu/organisasi yang memberi sumbangan besar bukan sahaja dalam bidang kewartawanan tetapi dalam membentuk minda rakyat menerusi karya dihasilkan.
Perhimpunan terbesar bagi memperingati dan menghargai profesion kewartawanan di Malaysia yang merupakan wira tidak didendang itu turut dihadiri wakil wartawan dari Indonesia dan Vietnam.
Terdahulu, sambutan HAWANA 2022 dimulakan dengan dua sesi Forum Media Nasional bertemakan 'Kewartawanan Era Revolusi Industri Keempat: Cabaran dan Peluang' bermula 9 pagi ini.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan pertama akhbar di Malaysia iaitu Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, yang menjadi platform pertama media di Malaysia.
Kali pertama HAWANA diadakan adalah pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade Kuala Lumpur. Sambutan julung kali bertemakan 'Membela Bangsa, Membina Negara' itu dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari seluruh negara.
Pada 30 Nov 2021, kerajaan bersetuju mengekalkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 29 2022

Pekerja melakukan kerja-kerja terakhir sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022. - Foto BERNAMA
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Pusat Kajian Kewartawanan beri manfaat kepada pengamal media, rakyat
Saranan penubuhan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia bermanfaat bukan sahaja kepada pengamal media, tetapi rakyat secara keseluruhannya.

Kumpulan Karangkraf penerima Anugerah HAWANA 2022
Kumpulan Karangkraf (Karangkraf) dipilih sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 pada majlis kemuncak sambutan HAWANA di sini hari ini.

HAWANA 2022: Teks penuh lima resolusi Deklarasi Melaka 2022
Profesion ini harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan bagi memastikan aspek integriti dan tadbir urus negara yang terbaik.

HAWANA 2022: "Kerajaan tidak pernah halang media siar sebarang laporan berita" - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui bahawa profesion kewartawanan harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan dan campur tangan pihak lain.

HAWANA 2022: Wartawan Malaysia gariskan lima resolusi melalui Deklarasi Melaka 2022
Melalui deklarasi itu, wartawan Malaysia terus junjung kebebasan bersuara dan kebebasan media, pastikan kelangsungan sistem demokrasi

HAWANA 2022: Kementerian tidak akan pandang sebelah mata resolusi wartawan - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Mutimedia sedia mendengar pandangan penggiat media, dan akan memudahcarakan usaha untuk melaksanakan resolusi berkenaan.

HAWANA 2022: PM ucap Selamat Hari Wartawan Nasional
Beliau dijadual merasmikan majlis sambutan HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara', itu petang ini.

HAWANA 2022: Wujud badan induk, angkat suara wartawan - ISWAMI
Langkah itu bagi memastikan suara pengamal media, khusus dalam menyampaikan idea serta cadangan yang bernas, dapat didengari.

HAWANA 2022: Agong zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional
Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi yang diberikan oleh wartawan serta pengamal media.

Pengamal media Malaysia dirai menerusi HAWANA 2022 hari ini
HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara' itu akan dirasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.