KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengenal pasti terdapat penerima bantuan zakat bulanan daripada agensi itu mempunyai wang simpanan hingga ratusan ribu, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya (Baitulmal dan Operasi) Asmadi Abdul Rahman.
Justeru, beliau berkata penting bagi melaksanakan pemutihan supaya bantuan zakat hanya disalurkan kepada individu yang sememangnya layak.
Katanya selepas melaksanakan pemutihan pihaknya akan menamatkan bantuan kepada mereka yang keluar dari Pahang, tidak dapat dihubungi dan pendapatan sudah tidak melayakkan mereka bergelar asnaf.
"Terkini kami sedang kenal pasti lagi individu yang mempunyai simpanan dalam bank. Ada yang kami dapati mempunyai simpanan hingga ratusan ribu dan masih menerima bantuan bulanan.
"Selepas semakan dan pengesahan dilaksanakan, kita akan hentikan bantuan kepada mereka serta-merta," katanya kepada pemberita selepas Majlis Agihan Bantuan Zakat di sini hari ini.
Asmadi berkata bantuan yang diberikan adalah untuk menampung keperluan dan bukan sebagai tabungan, selain menambah pihaknya turut mengadakan kerjasama dengan ketua kampung serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan pemutihan.
Menurutnya hingga kini MUIP merekodkan 11,146 penerima bantuan bulanan di seluruh Pahang yang menerima bantuan dalam bentuk tunai dan baucar.
Pada majlis berkenaan, lebih RM410,551 wang zakat telah diagihkan bagi tujuan sumbangan komputer riba kepada anak asnaf yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan pembiayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar miskin cemerlang.
Selain itu, buat julung kalinya MUIP melaksanakan program "MUIP Food Rider" dengan menyediakan bantuan motosikal kepada 10 asnaf bagi menjana pendapatan sebagai penghantar makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2023
MUIP mendapati ada penerima zakat yang mempunyai simpanan hingga ratusan ribu dan masih menerima bantuan bulanan. - Gambar hiasan
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
COVID-19: MAIK galakkan jemaah pakai pelitup muka di masjid, surau
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menggalakkan jemaah masjid dan surau memakai pelitup muka bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Penerima zakat dikesan ada simpanan ratusan ribu
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengenal pasti terdapat penerima bantuan zakat bulanan daripada agensi itu mempunyai wang simpanan hingga ratusan ribu.