PUTRAJAYA: Penerima taraf kewarganegaraan Malaysia diingatkan supaya sentiasa berpegang kepada lima prinsip Rukun Negara, menyokong inisiatif kerajaan dan menjauhkan diri daripada sebarang kegiatan jenayah.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin memberi peringatan itu pada majlis penyerahan keputusan kewarganegaraan di sini hari ini kepada 34 penerima dengan mengingatkan mereka agar menjaga nama baik Malaysia dan menjadi sebahagian daripada Keluarga Malaysia yang bertanggungjawab.
"Jadikan penganugerahan ini sebagai permulaan masa depan yang cerah untuk anda," katanya pada majlis penyerahan keputusan kewarganegaraan kepada kesemua penerima berusia antara lima dan 24 tahun itu.
Beliau berkata pemberian taraf kewarganegaraan itu merupakan satu anugerah tertinggi oleh kerajaan kepada mana-mana individu yang berkelayakan berpandukan kepada Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.
Perkara tersebut memperuntukkan kuasa kepada kerajaan Persekutuan dalam sesuatu keadaan khas untuk mendaftarkan seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun sebagai warganegara.
Hamzah berkata sepanjang tempoh beliau mengemudi Kementerian Dalam Negeri (KDN), pihaknya telah meluluskan kira-kira 20,000 permohonan taraf kewarganegaraan.
"Kelulusan bukan mudah, KDN perlu selidik latar belakang pemohon berdasarkan dokumen yang diserahkan," katanya.
Sementara itu, seorang penerima taraf kewarganegaraan, Ngan Chun Kai, 14, berkata dia amat menghargai taraf kerakyatan yang diterima.
"Syukur sangat. Saya akan jadi warganegara yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022

Hamzah (kiri) menyampaikan surat keputusan kewarganegaraan kepada para penerima pada Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan di Kementerian Dalam Negeri hari ini. - Foto BERNAMA

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.

Penerima taraf kewarganegaraan diingatkan berpegang prinsip Rukun Negara - Hamzah
Pemberian taraf kewarganegaraan itu merupakan satu anugerah tertinggi oleh kerajaan kepada mana-mana individu yang berkelayakan.