Perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat mangsa tertimbus akibat runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister Pulau Pinang.
Sehingga lewat petang semalam, usaha mencari penjual nasi, Lim Chin Aik masih lagi diteruskan pasukan penyelamat.
Selain pihak kontraktor, operasi mencari juga dilakukan bersama-sama dengan pasukan penyelamat sejak petang Sabtu.
Selepas beberapa jam, pasukan penyelamat hanya menemui serpihan tayar kereta mangsa kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
Tinjauan di kawasan itu mendapati kerja-kerja meletakkan besi penahan di lokasi runtuhan giat dilakukan pihak kontraktor bagi menahan bahagian dinding kawah sedalam lima meter dari terus mendap.
Pasukan penyelamat sebelum ini berdepan kesukaran mengesan mangsa yang tertimbus berikutan tanah lembab dan mendap selepas paip bawah tanah pecah disebabkan hentakan konkrit yang kuat.
Sementara itu, ahli keluarga Lim Chin Aik yang dipercayai tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister berada di tempat kejadian bagi mengikuti pekembangan operasi mencari dan menyelamat.
Isteri mangsa, Lee Chai Song , 48 tahun dan tiga anak mereka iaitu Lim Chia Yiang, Lim Chia Oon dan Lim Hui Jiun berkata mereka sekeluarga berada di kawasan itu sejak jam tujuh pagi lagi.
Turut berada dikawasan itu ibu bapa mangsa, Lim Tian Chor dan Ang Kim Looi serta adik perempuan mangsa, Lim Lye Suan.
Mereka sekeluarga berharap mayat Lim segera ditemui pasukan penyelamat.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi semalam mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister sepadan dengan kereta Lim Chin Aik .
Seorang kelindan lori, Jahir Hussien Sulaiman maut manakala enam yang lain cedera selepas rod penebat kilat dari Menara Umno di Jalan Macalister terjatuh dan menghempap beberapa buah kenderaan dalam kejadian Angin Langkisau dan ribut kencang Khamis lalu.
Angin Langkisau yang berlaku turut mengorbankan seorang kakitangan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Wong Tze Chow yang ketika itu sedang berjoging di Empangan Air Hitam pada hari sama.
Turut dilaporkan sebanyak 21 kawasan di Pulau Pinang dilanda ribut kencang iaitu lapan di kawasan Timur Laut, dua di Seberang Perai Tengah,sepuluh kawasan di Seberang Perai Utara dan satu di bahagian Barat Daya.
Bernama
Sun Jun 16 2013
![Penebat runtuh: Operasi mencari masih diteruskan Penebat runtuh: Operasi mencari masih diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/71371424146_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Laporan siasatan kematian lelaki yang dikhuatiri tertimbus selesai - Polis Laporan siasatan kematian lelaki yang dikhuatiri tertimbus selesai - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/71371424146_295x200.jpg)
Laporan siasatan kematian lelaki yang dikhuatiri tertimbus selesai - Polis
Laporan siasatan berhubung kematian seorang lelaki yang dikhuatiri tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini telah selesai.
![Keluarga mangsa runtuhan penebat kilat ikuti perkembangan operasi mencari Keluarga mangsa runtuhan penebat kilat ikuti perkembangan operasi mencari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/51371361126_295x200.jpg)
Keluarga mangsa runtuhan penebat kilat ikuti perkembangan operasi mencari
Anggota keluarga Lim Chin Aik, penjual nasi yang dipercayai tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini berada di tempat kejadian.