SHAH ALAM: Penduduk Taman Sri Muda, Seksyen 25 memohon saliran air di hadapan Jalan Muhibah 25/7, di sini yang membawa air dari Kemuning Utama 33 ditutup kerana didakwa menjadi punca bencana banjir sejak tahun 2019.
Pengerusi Penduduk Taman Sri Muda Zon D, Andrew De Silva berkata, beberapa aduan pernah dibuat kepada pihak berkuasa sejak tahun 2020 setelah peristiwa banjir melanda kawasan tersebut pada Oktober 2019.
Bagaimanapun Andrew berkata, tiada respon dan tindakan diambil oleh pihak berkenaan untuk mengatasi masalah terbabit.
Menurutnya, keadaan bertambah buruk sejak beberapa tahun lalu apabila sistem saliran di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini tidak dinaik taraf selepas pembangunan pesat dilaksanakan di kawasan perumahan Kota Kemuning dan Kemuning Utama.
"Pada tahun 2007, tiada pembangunan signifikan di kawasan ini, tapi bila pembangunan (Kemuning Utama dan kawasan sekitar) wujud pada tahun 2019, sistem saliran tidak dinaik taraf dan menyebabkan banjir berlaku.
"Bila kami dilanda banjir pada Oktober tahun 2019, kami jalankan tinjauan sendiri dan mendapati itulah puncanya (limpahan air dari Kemuning Utama)," katanya menerusi satu sidang media di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, Andrew turut mendekati pihak Majlis Peguam Malaysia pada Januari lalu untuk mendapatkan nasihat dan bantuan bagi menutup saliran tersebut setelah bencana banjir melanda pada Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, pihak berkenaan memerlukan laporan teknikal untuk menyokong idea penduduk bagi perbincangan dengan agensi berkaitan untuk mengambil sebarang tindakan.
"Kami memerlukan seorang pakar dalam bidang pengurusan air dan saliran untuk mengeluarkan satu laporan teknikal bagi menyokong penutupan saliran berkenaan, terutama dari segi jumlah air yang masuk ke kawasan Taman Sri Muda semasa hujan.
"Kami harap pihak berkuasa memandang serius perkara ini kerana saliran air dari Kemuning Utama membawa limpahan air yang banyak," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Feb 25 2022
Saliran di hadapan Jalan Muhibah, Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini yang membawa air dari Kemuning Utama, Seksyen 32 didakwa menyebabkan banjir di kawasan tersebut. -Foto Sinar Harian
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
PKTK Taman Sri Muda ditubuhkan bagi persediaan banjir
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang menubuhkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Taman Sri Muda, Seksyen 25, bagi menguruskan segala kemungkinan banjir di kawasan berkenaan.
Banjir: Proses permohonan, agihan bantuan mudah - Mangsa
Mangsa banjir di Taman Sri Muda menyifatkan proses permohonan dan pengagihan bantuan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) mudah dan lancar.
Banjir: Kerja baik pulih SMK Sri Muda, 8 lagi sekolah perlu disegera - Radzi
Radzi meminta supaya kerja baik pulih di SMK Taman Sri Muda serta lapan lagi buah sekolah di kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir disegerakan.
Banjir Sri Muda: Polis Shah Alam terima 10 laporan kes pecah kedai
Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kebanyakan laporan melibatkan premis kedai serbaneka.