PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023) iaitu seramai 33.2 juta penduduk, menurut laporan perangkaan demografi bagi ST1 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Jumlah penduduk terbabit merangkumi 30.6 juta (90 peratus) warganegara dan 3.4 juta (10 peratus) bukan warganegara.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata penduduk lelaki meningkat kepada 17.8 juta pada ST1 2024 daripada 17.4 juta (ST1 2023) manakala perempuan meningkat kepada 16.1 juta daripada 15.8 juta bagi tempoh yang sama.
"Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan," katanya.
Menurut Mohd Uzir penduduk Melayu menyumbang 57.9 peratus (17.7 juta) daripada jumlah penduduk pada ST1 2024 (ST1 2023: 17.6 juta) manakala penduduk Cina, bumiputera lain dan India masing-masing kekal pada 22.6 peratus, 12.2 peratus dan 6.6 peratus.
Pada ST1 2024 juga, beliau menyatakan jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 9.4 peratus atau 106,386 kelahiran berbanding 117,413 kelahiran pada ST1 2023.
Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,951 kelahiran (18.8 peratus) manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan oleh Wilayah Persekutuan Labuan dengan 323 kelahiran.
Mengenai angka kematian, sebanyak 47,964 kematian telah direkodkan pada ST1 2024 dengan Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 7,730 kematian manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 68 kematian.
"Kumpulan umur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi iaitu 34,067 kematian (71 peratus), diikuti 41 hingga 59 tahun (19.8 peratus), 15 hingga 40 tahun (7 peratus) dan 0 hingga 14 tahun (2.2 peratus)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Jumlah penduduk terbabit merangkumi 30.6 juta (90 peratus) warganegara dan 3.4 juta (10 peratus) bukan warganegara. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).

Populasi penduduk Malaysia sudah cecah 32.73 juta, lelaki melebihi wanita
Penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 16.83 juta dan 15.90 juta.