MERSING: Penduduk Kampung Baru Jemari, di sini terpaksa meredah air sejauh tiga kilometer untuk mendapatkan bekalan makanan selepas jalan utama di kampung berkenaan ditenggelami air sejak semalam.
Seorang penduduk, Maszila Edal, 27, berkata, mereka telah dibenarkan pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Seri Mersing dan Politeknik Mersing, semalam selepas lima hari berlindung di situ.
"Selepas keluar dari PPS tengah hari semalam, penduduk kampung terus balik ke rumah masing-masing memandangkan pihak berkuasa memaklumkan keadaan sudah selamat.
"Bagaimanapun, hujan kembali lebat mulai petang semalam dan baru reda pagi ini menyebabkan air dari Sungai Jemari melimpah dan jalan utama untuk keluar masuk kampung ini terputus. Ramai penduduk kampung tiada bekalan makanan," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
DAPATKAN LIPUTAN KOMPREHENSIF BERHUBUNG BANJIR 2023 DI SINI
Sehubungan itu, Maszila berkata kira-kira separuh daripada penduduk kampung berkenaan mengambil keputusan untuk berjalan kaki meredah air, manakala sebahagian lagi menaiki bot persendirian dan bot milik ketua kampung bagi mendapatkan bekalan makanan di pekan berhampiran.
Adiknya, Fatin Syuhada, 22, pula berkata beliau bersama suami Abbil Haqim, 40, dan anak berusia tiga tahun terpaksa tidur di dalam kereta yang diletakkan di tepi jalan malam tadi kerana gagal meredah limpahan air tersebut.
"Selepas keluar dari PPS petang semalam, kami sekeluarga pergi cari barang di bandar Mersing dahulu dan balik ke kampung pada sebelah malam tanpa mengetahui sebenarnya jalan utama telah terputus.
"Disebabkan air agak dalam hingga ke paras pinggang, kami tak berani nak redah. Kami buat keputusan tidur di dalam kereta sementara menunggu air surut," katanya.
Fatin Syuhada berkata ketika ini mereka sedang menunggu arahan daripada ketua kampung dan pihak berkuasa sama ada perlu berpindah semula ke PPS atau sebaliknya.
"Kalau ikutkan hanya dua atau tiga buah rumah sahaja yang dinaiki air, manakala yang lain hanya berdepan masalah tiada bekalan makanan disebabkan jalan terputus," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi mendapati hujan mula reda pada kira-kira 11 pagi tadi, namun limpahan air di jalan utama belum menunjukkan tanda untuk surut.
Beberapa penduduk kampung juga dilihat keluar masuk sambil meredah air untuk mendapatkan bekalan makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023
Beberapa penduduk Kampung Jemari meredah banjir sambil membawa belakan makanan selepas kampung tersebut dinaiki air semula ekoran hujan berterusan sejak malam semalam ketika tinjauan hari ini. - Foto BERNAMA
MAHA 2024: Gabungan magik, budaya dan cita rasa tempatan dalam satu acara
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) kembali dengan keunikan tersendiri tahun ini menampilkan pertunjukan Magical Night dan 3D Water Show serta Pavilion negeri yang menawarkan kepelbagaian budaya dan hasil tempatan.MAHA 2024, pameran pertanian, Magical Night, 3D Water Show, Pavilion negeri, Yuslina Mohd Sani
Kekejaman Zionis: Angka kematian rakyat Palestin hampir 42,000 orang
Menurut pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza, dalam tempoh 24 jam yang lalu, tentera Israel membunuh 26 rakyat Palestin dan mencederakan 84 yang lain
Mpox: Thailand bukan negara berisiko - JKNK
Rakyat Malaysia yang berkunjung ke Thailand tidak perlu bimbang tentang mpox atau mpox kerana negara tersebut tidak berisiko dengan virus tersebut.
Polis berkas wanita tawar pelaburan ‘kutu’ tidak wujud
Seorang wanita yang disyaki memperdayakan mangsa dengan menawarkan pelaburan 'kutu' tidak wujud diberkas polis di Jerteh.
Mpox boleh menjangkiti semua golongan, bukan hanya LGBTQ
Penyakit MPOX bukan khusus kepada golongan LGBTQ, sebaliknya boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang mempunyai kontak rapat dengan kes dijangkiti.
Menurut Dr. Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, penularan MPOX berlaku melalui sentuhan rapat dan tiada kumpulan yang terkecuali daripada risiko jangkitan.
Menurut Dr. Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, penularan MPOX berlaku melalui sentuhan rapat dan tiada kumpulan yang terkecuali daripada risiko jangkitan.
Pendidikan : Tiga sebab kenapa PBD tidak berkesan di Malaysia - Pakar
Negara dilihat belum bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam sistem pendidikan negara.
Kenyataan tular gantung keahlian Ketua Penerangan Pas Perlis palsu - Takiyuddin
Beliau menjelaskan sebarang tindakan yang perlu dilakukan masih dalam pemerhatian parti.
Kes Zayn Rayyan: Nama kekal dalam kertas pertuduhan
Menurut Hakim, Dr Syahliza Warnoh, ia selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, pendakwaan tidak akan meminda nama Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.
Ahli GISBH didakwa di mahkamah atas tuduhan ugutan
Mohamad Riza mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengugut wanita untuk menarik balik laporan polis, dengan ikat jamin RM10,000 ditetapkan.
Pantau Belanjawan: Selatan Thai lebih memikat, apa nasib pelancongan domestik?
Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan hujung minggu yang panjang sempena Hari Malaysia untuk bercuti di Selatan Thailand menyumbang lebih 1 bilion Baht (RM128 juta) kepada ekonomi tempatan. Lonjakan ini mencerminkan pola dan pilihan perjalanan yang boleh memberi impak besar kepada strategi dan dasar pelancongan di masa depan. Analisis terhadap fenomena ini dapat memberi ruang dan peluang kepada Malaysia tentang cara memanfaatkan trend ini untuk meningkatkan sektor pelancongan, serta strategi yang boleh diambil untuk mengadaptasi dan memajukan industri pelancongan negara.
Penduduk kampung redah air 3km dapatkan bekalan makanan
Penduduk Kampung Baru Jemari, di sini terpaksa meredah air sejauh tiga kilometer untuk mendapatkan bekalan makanan selepas jalan utama di kampung berkenaan ditenggelami air sejak semalam.