Penduduk Kampung Pak Keral, Pengkalan Kubur di sini dikejutkan dengan penemuan beberapa serpihan tulang dipercayai rangka manusia ketika kerja pembersihan dilakukan di tali air, kampung berkenaan.
Seorang penduduk Fauzi Abdullah, 40, berkata pada mulanya penduduk menyangka serpihan yang dijumpai itu adalah serpihan tulang haiwan, namun selepas mengamatinya ia kelihatan seperti tangan manusia.
"Dah dua hari ada kerja-kerja pembersihan dilakukan di tali air ini, tapi pada petang semalam, penduduk terlihat ada serpihan tulang terangkat ketika jengkaut gali tali air ini.
"Apa yang mencurigakan penduduk apabila melihat pakaian wanita seperti korset berdekatan tulang berkenaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, pada Selasa.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata serpihan tulang itu tertimbus dalam lumpur di dalam tali air berkenaan, ditemui penduduk kampung kira-kira 7 petang semalam.
"Kami masih membuat siasatan berhubung penemuan serpihan tulang berkenaan dan pasukan forensik telah dikerahkan ke tempat kejadian.
"Kita akan tunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA)," katanya selepas menghadiri Sesi Taklimat Persiapan Banjir Kuala Krai yang disampaikan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Abdullah Roning di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai.
Bernama
Tue Nov 17 2015

Pada mulanya penduduk kampung menyangka penemuan itu adalah sekadar tulang haiwan . - Foto Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Caely umum peletakan jawatan dua ahli lembaga pengarah
Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Caely Holdings Bhd, Datuk Seri Mazlan Lazim dan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Azri Azerai meletak jawatan daripada lembaga pengarah.

Mazlan serah tugas Timbalan Ketua Polis Negara kepada Razarudin
Datuk Seri Mazlan Lazim menyerahkan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara kepada Datuk Razarudin Husain dalam satu majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Banjir: Pesara polis terjejas boleh mohon bantuan TAWP hingga RM10,000
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, bantuan ini turut diberikan kepada mereka yang terkesan dengan bencana kebakaran.

Buli: Guna sepenuhnya khidmat PPS - Mazlan Lazim
Setiap sekolah diperuntukkan sekurang-kurangnya seorang PPS dan bilangan itu boleh ditambah di sekolah-sekolah yang besar.

Buli pelajar MRSM: Polis lengkapkan kertas siasatan secepat mungkin
Hasil siasatan kes tersebut akan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan selanjutnya.

Diskaun saman 80 peratus: PDRM kutip lebih RM13 juta pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM13.67 juta daripada 287,500 saman yang dilunaskan orang ramai, semalam.

Khidmat marsyal perlu kelulusan polis - Timbalan KPN
Sebarang permohonan bagi tujuan itu tanpa sebarang penglibatan pihak polis merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Tindakan tegas buat anggota, pegawai PDRM cemar imej di 'Tik Tok' - Timbalan KPN
PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang melakukan aksi keterlaluan di platform media sosial.

Lebih 20,000 pegawai, anggota polis positif COVID-19 sejak tahun lepas
Seramai 23,766 pegawai dan anggota polis serta ahli keluarga mereka telah dijangkiti COVID-19, sejak pandemik tersebut melanda negara tahun lalu sehingga hari ini.

Mazlan dahului terima darjah, pingat polis daripada Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Pasukan Polis kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim.