PENSIANGAN: Penduduk Kampung Malaing sini teruja dan berpuas hati dengan capaian internet disediakan melalui sistem satelit Starlink dipasang Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata peranti internet Starlink itu dipasang di Sekolah Kebangsaan (SK) Malaing dan ia merupakan lokasi pertama di Sabah menerima perkhidmatan internet Starlink berspesifikasi tinggi.
"SK Malaing merupakan satu daripada tiga lokasi yang telah saya mohon untuk mendapatkan pemasangan internet Starlink. Saya telah mengadakan lawatan ke Kampung Malaing untuk meninjau dan mencuba sendiri prestasi perkhidmatan Internet Starlink tersebut.
"Penduduk amat berpuas hati dengan kelajuan dan kestabilan capaian Internet oleh Starlink," katanya dalam kenyataan.
Capaian internet yang stabil akan membolehkan anak-anak di kawasan pedalaman untuk turut serta secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian disamping menerokai kemahiran baharu seperti kecerdasan buatan (AI), katanya.
Arthur berkata pemasangan peranti satelit Starlink di Kampung Malaing itu merupakan tambahan fasiliti yang bersifat sementara bagi menawarkan kemudahan capaian Internet yang stabil dan bagi kemudahan penduduk setempat.
"Sebagai langkah penyelesaian jangka masa panjang, sebanyak 55 menara telekomunikasi baharu di bawah program JENDELA sedang dibina di kawasan Parlimen Pensiangan bagi memastikan lipuan Internet yang lebih meluas, laju dan stabil," katanya.
Beliau merakamkan penghargaan kepada Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta agensi yang terlibat dalam usaha merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023
Peranti internet Starlink itu dipasang di Sekolah Kebangsaan (SK) Malaing dan ia merupakan lokasi pertama di Sabah menerima perkhidmatan Internet Starlink berspesifikasi tinggi. - Gambar/ Bernama
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Penduduk Kampung Malaing peroleh capaian internet melalui Starlink
Penduduk Kampung Malaing dan berpuas hati dengan capaian internet disediakan melalui sistem Starlink dipasang Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).