TAIPING: Polis mendapati penghadang yang diletakkan di satu daripada laluan tikus yang digunakan penduduk untuk keluar masuk kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dirosakkan, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata lokasi itu dikesan digunakan sebagai laluan tikus bagi menghubungkan penduduk dari Taman Simpang Bakti dan Taman Kota Permai untuk keluar ke Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth dekat Simpang pada Ahad lepas.
"Laluan itu telah ditutup dengan lima batang cerucuk namun pasukan pemantauan polis mendapati laluan itu telah dibuka semula oleh penduduk.
"Kita segera menutup semula lokasi berkenaan bagi menghalang penduduk keluar dan masuk melalui jalan itu dan menasihatkan penduduk supaya mematuhi PKPD dalam usaha menyekat penularan COVID-19 yang semakin meningkat di Mukim Taiping," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Osman berkata penduduk dipercayai bertindak demikian berikutan terdapat tiga Sekatan Jalan Raya (SJR) didirikan di Jalan Air Puteh, Jalan Air Kuning dan Simpang sepanjang tempoh PKPD di Mukim Taiping.
Menurut beliau, pengesanan lokasi itu menjadikan sebanyak 17 laluan tikus di Mukim Taiping setakat ini yang mana 16 lagi dikesan sebelum ini telah dipasang kawat berduri serta kon penghalang bagi mengelak orang ramai keluar dan masuk ke kawasan itu.
Mukim Taiping di Daerah Larut Matang dan Selama antara empat mukim di Perak yang dikenakan PKPD bermula 22 Mei hingga 4 Jun selain Mukim Pengkalan Hulu di daerah Hulu Perak, Mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan di daerah Kinta serta Mukim Hulu Bernam Timur di daerah Muallim.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 24 2021
![Penduduk degil alih penghadang tutup laluan tikus di kawasan PKPD Penduduk degil alih penghadang tutup laluan tikus di kawasan PKPD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621860528_laluantikus.jpg)
Laluan itu telah ditutup dengan lima batang cerucuk namun polis mendapati laluan itu telah dibuka semula oleh penduduk. - Gambar/ Sinar Harian
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Pegawai khidmat masyarakat rugi RM177,700 diperdaya sindiket 'phone scam' Pegawai khidmat masyarakat rugi RM177,700 diperdaya sindiket 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711862825_MohdYusriHassanBa.jpg)
Pegawai khidmat masyarakat rugi RM177,700 diperdaya sindiket 'phone scam'
Seorang pegawai khidmat masyarakat di Taiping mengalami kerugian RM177,700 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian.
![Nahas dua kereta di WCE: Suami isteri antara tiga maut Nahas dua kereta di WCE: Suami isteri antara tiga maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716606725_KemalanganMaut.jpg)
Nahas dua kereta di WCE: Suami isteri antara tiga maut
Mereka yang maut merupakan seorang lelaki dan dua wanita manakala seorang wanita dan lima kanak-kanak cedera.
![Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715933783_wargaemas.jpg)
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
![Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715387129_TBbanjirperak.jpg)
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
![Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714977275_IPOH.jpg)
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg
Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping.
![Penunggang motosikal maut di PLUS, orang ramai diminta tampil salur maklumat Penunggang motosikal maut di PLUS, orang ramai diminta tampil salur maklumat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Penunggang motosikal maut di PLUS, orang ramai diminta tampil salur maklumat
Polis Daerah Taiping menerima maklumat dari orang awam berhubung kemalangan membabitkan penunggang motosikal sekitar jam 7.20 pagi Isnin.
![Bumbung rumah tercabut, lima kampung terjejas hujan ribut di Taiping Bumbung rumah tercabut, lima kampung terjejas hujan ribut di Taiping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709847911_TBHujanRibut.jpg)
Bumbung rumah tercabut, lima kampung terjejas hujan ribut di Taiping
Lima kampung terlibat ialah Kampung Setia, Simpang; Kampung Kuala Sepetang; Kampung Menteri; Kampung Matang Road dan Kampung Dew.
![PDRM sedang kesan dua suspek kes cubaan samun di Taiping PDRM sedang kesan dua suspek kes cubaan samun di Taiping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704519312_TBCerobohrumah.jpg)
PDRM sedang kesan dua suspek kes cubaan samun di Taiping
PDRM sedang mengesan dua suspek lelaki yang terlibat dalam kejadian samun kediaman di Taman Bukit Mas, Taiping, Perak.
![10,000 meriahkan Program Semarak Taiping 150, kembali fenomena lima dekad 10,000 meriahkan Program Semarak Taiping 150, kembali fenomena lima dekad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704076300_ProgramSemarakTaip.jpg)
10,000 meriahkan Program Semarak Taiping 150, kembali fenomena lima dekad
Hadirin disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan, perarakan 31 agensi, NGO dan pancaragam sekolah.
![41 persimpangan jalan ditutup sempena Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping 41 persimpangan jalan ditutup sempena Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703804401_SambutanUlangTahun.jpg)
41 persimpangan jalan ditutup sempena Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping
Penutupan persimpangan jalan tersebut akan bermula jam 6 petang dan dijangka tamat 10.30 malam.