KOTA BHARU:Kira-kira 500 penduduk termasuk nelayan yang tinggal di Kampung Pulau Pisang, di sini, meluahkan kebimbangan apabila sebuah rangka jambatan besi yang dihanyutkan arus tersangkut di tengah Sungai Kelantan di kampung mereka.
Mereka bimbang rangka jambatan itu akan terus dihanyutkan arus dan terkena jambatan, jeti atau bot nelayan di kawasan itu.
Penduduk, Mazlah Hussin, 54, berkata dia dan keluarga terkejut apabila terdengar bunyi bising di tengah sungai itu malam Jumaat lalu.
"Kami sekeluarga menjenguk ke luar tingkap dan mendapati satu objek menyerupai bot besar yang berada di tengah sungai itu.
"Mulanya saya mengesyaki sebuah bot karam kerana 10 tahun lalu pernah ada kejadian bot karam di hadapan rumah ini," katanya dilaporkan Bernama.
Beliau berkata penduduk percaya rangka jambatan itu asalnya berada di kawasan hulu sungai sebelum musnah dan dihanyutkan arus akibat dirempuh kayu balak.
Mazlah berkata, ada pihak cuba memasang sauh beberapa kali bagi mengelak rangka jambatan itu terus hanyut, seterusnya merempuh bot-bot nelayan yang berada di pinggir sungai berkenaan, namun tidak berjaya.
"Ia merisaukan kami, kerana jaraknya agak dekat dengan kediaman di pinggir sungai.
"Sekiranya dibiarkan, kami khuatir ia boleh menjejaskan lebih 10 bot yang ditambat di kawasan sungai, selain merosakkan jeti berhampiran," katanya.
Katanya, penduduk kampung berharap agar rangka jambatan itu ditarik semula ke tempat asal, bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku pada musim banjir.
Bernama
Mon Dec 21 2020
Ada pihak cuba memasang sauh bagi mengelak rangka jambatan itu terus hanyut, seterusnya merempuh bot-bot nelayan yang berada di pinggir sungai berkenaan. -Bernama
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Penduduk bimbang rangka jambatan besi hanyut di tengah sungai
Mereka bimbang rangka jambatan itu akan terus dihanyutkan arus dan terkena jambatan, jeti atau bot nelayan di kawasan itu.