KUALA LUMPUR:Lebih 30 peratus penduduk bandar menolak penggunaaan agama dan perkauman dalam mendapatkan identiti dan sokongan politik berbanding 67 peratus penduduk luar bandar yang menerimanya, kata kajian yang dibuat oleh firma Emir Research.
Ketika 37 peratus penduduk golongan itu menolak penggunaaan agama dan perkauman dalam mendapatkan identiti dan sokongan politik, 32 peratus lagi pula tidak pasti sementara 30 peratus bersetuju.
Sementara bagi penduduk luar bandar, 67 peratus daripada mereka bersetuju penggunaaan agama dan perkauman dalam mendapatkan identiti dan sokongan politik, 20 peratus tidak pasti dan 14 peratus tidak setuju.
Kajian yang dibuat pada suku ketiga 2020 oleh badan pemikir bebas yang memfokuskan kepada cadangan dasar strategi berdasarkan kajian yang teliti itu mendapati 41 peratus pemegang ijazah tidak setuju penggunaaan agama dan perkauman dalam mendapatkan identiti dan sokongan politik, 32 peratus bersetuju dan baki 27 peratus tidak pasti.
Manakala 39 peratus pemegang diploma tidak bersetuju, 36 tidak pasti, baki 25 peratus bersetuju dan 38 peratus yang tamat sekolah setuju selain 25 peratus tidak pasti dan baki 37 peratus tidak setuju.
Dalam kelompok responden yang menerima gaji RM1,500 ke bawah pula, lebih ramai bersetuju penggunaaan agama dan perkauman dalam mendapatkan identiti dan sokongan politik iaitu 54 peratus berbanding 44 peratus dari mereka yang memperolehi gaji lebih RM5,000 tidak bersetuju.
Responden kajian juga bersetuju bahawa Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan agama dan perkauman dalam mendapatkan identiti dan sokongan politik.
Sebanyak 76 peratus setuju Azmin menggunakan agama dan perkauman dalam mendapatkan identiti dan sokongan politik, Mukhriz (71%), Zahid (70%) dan Dr Mahathir (64%).
Dapatan juga mendapati, 37 peratus responden percaya bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menggunakan agama dan perkauman dalam mendapatkan identiti dan sokongan politik, manakala 29 peratus responden percaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak melakukan perkara yang sama.
Bagi parti politik pula, 35 peratus responden percaya Parti Islam SeMalaysia (Pas) menggunakan agama dan perkauman dalam mendapatkan identiti dan sokongan politik berbanding 50 peratus respoden setuju Parti Amanah Negara (Amanah) setuju melakukan perkara yang sama.
Dalam pada itu, 54 peratus respoden percaya bahawa UMNO menggunakan agama dan perkauman dalam mendapatkan identiti dan sokongan politik.
Untuk rekod pada 2019, PAS dan UMNO membentuk kerjasama yang dinamakan Muafakat Nasional yang berjuang untuk kepentingan Islam dan orang Melayu.
Irwan Muhammad Zain
Wed Nov 11 2020
Berdasarkan kajian, Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim tidak menggunakan agama dan perkauman dalam mendapatkan sokongan dengan masing-masing memperoleh 37 dan 29 peratus maklum balas responden. - Gambar fail
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Malaysia mampu jadi negara maju seperti Korea Selatan - Emir Research
Malaysia mampu mencapai tahap negara maju seperti Korea Selatan dalam tempoh lima hingga lapan tahun akan datang kerana mempunyai sumber alam dan tenaga yang mencukupi untuk memperkasa Ekonomi MADANI.
Keputusan siasat Malaysia rugi RM4.5 trilion langkah tepat
Siasatan adalah langkah tepat berikutan setiap RM1 yang dibelanjakan mesti mempunyai hasil dan impak diinginkan kepada rakyat dan negara.
[KOLUMNIS] Pelancaran 5G Malaysia: Hala tuju yang terbaik
MNO akan memaksimumkan kecekapan dengan memanfaatkan aset sedia ada, kepakaran dan ekosistem rakan kongsi untuk memberi impak kos terbaik kepada Rakyat.
Kerajaan perpaduan perlu tangani segera isu ekonomi - Emir Research
Isu peningkatan kos sara hidup, hala tuju pendidikan negara serta jaminan sektor pekerjaan perlu terus diberikan penekanan.
Malaysia rugi RM3 trilion akibat rasuah
Jumlah RM3 trilion itu mewakili hingga empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak tahun 1997.
Pembukaan semula sekolah pada September sangat berisiko - EMIR Research
Ahmad Ameen berkata golongan berusia bawah 18 tahun, iaitu hampir 30 peratus penduduk Malaysia, adalah kumpulan terbesar tanpa perlindungan.
Moratorium menyeluruh enam bulan diperlukan bagi jaringan keselamatan sosial, perniagaan - EMIR Research
Moratorium pinjaman kepada semua perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) serta isi rumah B40 dan M40 selain moratorium bersasar adalah diperlukan.
[KOLUMNIS] Patologi penolakan Zionis
Yahudi yang berhijrah ke Palestin di bawah panji Zionisme adalah pendatang asing.
[KOLUMNIS] Reformasikan budaya pendanaan politik kita agar lebih telus
Satu isu yang belum mendapat perhatian sewajarnya adalah hubungan antara badan amal atau badan sosial dengan penaung politik mereka.
COVID-19: Tiada politik, tumpuan sepenuhnya kepada pandemik dan pemulihan ekonomi - EMIR Research
EMIR Research dalam kenyataan menggariskan beberapa perkara yang boleh dilakukan kerajaan.