Proses transformasi Sarawak ke arah digital dilihat sebagai satu cabaran buat warga emas di negeri ini.
Ini kerana, masih ramai di kalangan warga berusia yang kurang berminat mendalami dan menggunakan platform digital dalam menjalani kehidupan seharian.
Menurut Ketua Kaum Kawasan Kemuyang, Abang Mohammad Abang Jes, biarpun inisiatif ini disambut baik golongan muda, namun usaha secara kolektif masih diperlukan dalam menjayakan aspirasi dan gagasan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Openg.
“Ramai dalam kalangan warga emas ini tidak nampak akan kepentingan platform digital ini. Disebabkan itu, mereka merasakan adalah tidak perlu untuk mereka mempelajari dan mendalami proses tersebut.
“Jadi, pada waktu ini, golongan muda memainkan peranan utama dalam membantu mereka mempelajari dunia digital, sekali gus mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian,” katanya.
Abang Mohammad berkata demikian dalam temu bual khas menerusi slot AWANI Pagi sempena sambutan Hari Malaysia 2020 di Pasar Sentral di sini, pada Rabu.
Tambahnya, proses pendigitalan kini lebih disambut baik oleh generasi muda kerana golongan ini peka terhadap keperluan dan kepentingan mendalami platform ini.
Bukan sahaja membantu memudahkan urusan seharian, malah ia juga membantu dalam mengembangkan perniagaan.
“Zaman ini, kanak-kanak pun sudah mahir menggunakan gajet apatah lagi bermain dengan pelbagai aplikasi yang disediakan. Ini secara tidak langsung sudah mendukung hasrat mendigitalkan Sarawak secara sepenuhnya.
“Jadi, saya percaya di masa akan datang, perkembangan digital akan berlaku dengan lebih cepat dan pastinya ia akan mampu menguntungkan dan memudahkan ramai pihak,” tambahnya lagi.
Syafik Shukri Jalil
Wed Sep 16 2020
![Pendigitalan Sarawak perlu usaha kolektif libatkan warga emas Pendigitalan Sarawak perlu usaha kolektif libatkan warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/41600229779_AbangMohammad.jpg)
ABANG MOHAMMAD: Saya percaya di masa akan datang, perkembangan digital akan berlaku dengan lebih cepat dan pastinya ia akan mampu menguntungkan dan memudahkan ramai pihak. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pendigitalan Sarawak perlu usaha kolektif libatkan warga emas Pendigitalan Sarawak perlu usaha kolektif libatkan warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600229779_AbangMohammad.jpg)
Pendigitalan Sarawak perlu usaha kolektif libatkan warga emas
Bukan sahaja membantu memudahkan urusan seharian, malah platform ini juga membantu dalam mengembangkan perniagaan.