Pendekatan mesra diambil bagi mendidik orang ramai agar mengasingkan sisa pepejal sebelum ia mula dilaksanakan secara mandatori pada 1 Jun tahun hadapan, menjadi kunci utama kepada keberkesanan pelaksanaannya.

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ab Rahim Md Noor berkata kesedaran pengasingan sisa pepejal ini dilakukan agar orang ramai dapat membantu mengurangkan tekanan penggunaan sumber bumi selain menjimatkan kos dan memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah.



Tambahnya, 3,000 sekolah terlibat membantu kempen ini dengan penubuhan kelab kitar semula selain kempen di agensi-agensi kerajaan.

Sementara itu, di peringkat komuniti melancarkan program komuniti 3R yang melakukan pengumpulan dan program kitar semula dan menggunakan bahan itu sebagai kraftangan.

Tujuh negeri terlibat dengan pelaksanaan ini iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.

Pemilik kediaman diwajibkan mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori seperti kertas, plastik dan lain-lain.

Kompaun RM50 akan dikenakan bagi kesalahan pertama jika gagal mengasingkan sisa pepejal di punca mulai 1 Jun 2016

Manakala kompaun bagi kesalahan kedua dikenakan sebanyak RM100 dan RM200 bagi kesalahan ketiga seperti yang termaktub dalam Akta 672 iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

Ab Rahim diwawancara dalam rancangan Analisis AWANI pada Selasa.