SEPANG: Bertempat di Aras 2 Blok B, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelihatan sekumpulan warga asing dengan bagasi pelbagai warna sedang menunggu penerbangan untuk berlepas pulang ke negara masing-masing.
Pelbagai gelagat dapat disaksikan, ada yang melelapkan mata, ada pula yang sedang membuat panggilan video malah ada yang masih berurusan di kaunter Program Rekalibrasi Pulang Pendatang Tanpa Izin kendalian Jabatan Imigresen.
N. Prabakaran, 23, dan M.Vijay, 21, masing-masing berasal dari Pudukottai dan Sivaganga di India adalah antara ribuan pendatang tanpa izin yang menyertai Program Rekalibrasi Pulang Pendatang Tanpa Izin di KLIA itu. Kedua-dua perantau ini dapat pulang ke negara asal tanpa perlu melalui Sistem Temujanji Online (STO) untuk berurusan di pejabat Imigresen.
Prabakaran datang ke Malaysia pada 2019 dan bekerja sebagai pelayan hotel serta pencuci kereta di Rawang sebelum dokumen perjalanannya tamat tempoh setahun kemudian.
"Sejak itu, saya cuba buat pelbagai kerja namun tidak berhasil akibat kesan COVID-19. Selepas dapat tahu ada program rekalibrasi menerusi berita Tamil, saya dan rakan-rakan lain terus membuat persiapan sewajarnya untuk pulang ke India," katanya kepada Bernama ketika ditemui di KLIA, baru-baru ini.
Syarat menyertai Program Rekalibrasi Pulang di KLIA adalah memiliki dokumen perjalanan sah yang diluluskan kedutaan masing-masing, memiliki tiket pulang ke negara asal, membayar kompaun RM500 dan mempunyai slip ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) yang sah laku dalam tempoh 72 jam dari tarikh penerbangan.
Vijay datang ke Malaysia pada 2018 pernah bekerja di ladang dan tempat cuci kereta manakala dokumen perjalanannya tamat selepas dua tahun.
Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Mac tahun lepas, beliau tidak mempunyai kerja tetap mahupun pendapatan stabil dan tidak dapat mengumpul duit untuk pulang ke negaranya.
"Kepulangan saya ke India juga atas ihsan bekas majikan saya yang membantu dari segi kewangan kerana duit tidak mencukupi," katanya yang turut menitipkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan Jabatan Imigresen atas inisiatif tersebut.
Prabakaran dan Vijay berlepas pulang ke India, pada 3 Ogos lepas.
Menurut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud, sebanyak 8,856 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang ke negara masing-masing menerusi program rekalibrasi pulang di KLIA yang bermula 5 Julai hingga 31 Julai.
Simpati dengan keadaan warga asing yang terpaksa menunggu lama di KLIA serta kekangan mendapatkan makanan, badan bukan kerajaan Pravasi Malayalee Association Malaysia (PMA) dan Sikh Association Malaysia tampil menghulurkan bantuan makanan dan minuman bagi warga asing berkenaan di KLIA.
Ahli PMA Mujib Rahman ketika ditemui berkata kedua-dua persatuan itu bergilir-gilir sama ada memberi sumbangan makanan tengah hari atau makan malam dengan jumlah pek makanan disediakan mencecah 800 pek sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 05 2021

Sebanyak 8,856 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang ke negara masing-masing menerusi program rekalibrasi pulang di KLIA yang bermula 5 Julai hingga 31 Julai. - Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari
Sebanyak 609 tangkapan dilakukan semasa lawatan ke lebih 800 premis termasuk restoran, tempat cuci kereta dan kedai serbaneka.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Imigresen serbu medan selera, tahan 58 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen menahan 58 pendatang tanpa izin disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam serbuan di medan selera di pusat bandar Puchong, Selangor, semalam.

Venezuela dijangka benarkan AS hantar pulang rakyatnya yang merupakan pendatang tanpa izin
Pada Jumaat, Presiden Venezuela Nicolas Maduro bertemu dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Richard Grenell di Caracas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Amerika Syarikat naikkan sasaran tahanan pendatang tanpa izin kepada 1,800 sehari - Laporan
Pentadbiran Trump menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 1,800 tahanan sehari dengan setiap 25 pejabat ICE diwajibkan membuat sekurang-kurangnya 75 tangkapan.

Guna jalan tidak diwartakan 11 pendatang tanpa izin ditahan
Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang tekong darat dan 10 pendatang tanpa izin kerana menggunakan jalan tidak diwartakan untuk keluar dan masuk ke negara ini.

Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin ditahan
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu sekitar daerah Marang, semalam.

Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.

Malaysia teliti perkembangan dasar baharu Trump - Mohamad
Kabinet akan membincangkan perkembangan terkini berkaitan dasar baharu pentadbiran Trump termasuk cadangan tarif import yang akan dikenakan terhadap beberapa negara.