KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas pertuduhan menerima rasuah RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2013.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memaklumkan bahawa pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap Tengku Adnan, 69.
"Terdapat perkembangan baharu dalam kes ini yang perlu disiasat dengan lebih lanjut. Pihak pendakwaan juga tidak mahu membazirkan masa mahkamah kerana tidak tahu tempoh masa yang perlu diambil untuk menyiasat perkembangan terbaharu itu.
"Pihak kami tidak boleh maklumkan secara terperinci. Apa yang boleh diberitahu ialah terdapat aduan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan seorang saksi dalam kes ini.
“Oleh itu, pihak pendakwaan memohon perintah supaya tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan ini," kata Julia.
Perbicaraan kes itu yang bermula pada 20 Sept 2019 dengan pihak pendakwaan telah memanggil dua saksi sepatutnya bersambung hari ini untuk saksi memberi keterangan.
Pada 15 Nov 2018, Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai 'Ku Nan' mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan RM1 juta daripada Datuk Tan Eng Boon melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akauan CIMB Bank kepunyaan Tengku Adnan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai upah untuk membantu permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) menambah nisbah plot sebidang tanah berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak di sini diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Tingkat 2, Blok Podium, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di sini pada 27 Dis 2013.
Tengku Adnan juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu menerima RM1 juta daripada Tan tanpa sebarang balasan melalui cek Public Bank bernombor 300109 ke dalam akaun tertuduh.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 07 2020

Pada 15 Nov 2018, Tengku Adnan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan RM1 juta daripada Datuk Tan Eng Boon. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Bekas pegawai penyiasat 1MDB syor siasatan diteruskan susulan lawatan ke Riyadh
Hasil siasatan susulan kunjungan pasukan siasatan 1MDB ke Riyadh pada November 2015 untuk menyiasat ketulenan surat tersebut telah dirujuk kepada AGC.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

K9 tidak dapat petunjuk kehilangan Zayn Rayyan sebelum jasad ditemukan
K9 dikatakan tidak mendapat sebarang petunjuk ekoran kawasan itu telah tercemar dengan kesan penduduk meredah kawasan berkenaan.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.

Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas prosiding semakan status hujahan semua pihak diadakan pada Isnin.

Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.

Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi
Tiga cek tersebut merupakan bayaran balik bagi perjalanan Azlan dan keluarganya ke London pada 2013, 2014 dan 2015 yang dibatalkan.

Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.