KUALA LUMPUR: Bekas ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashi, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 29 pertuduhan rasuah, selepas pihak pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan itu.
Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Noor Ehsanuddin ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah berhubung penarikan balik kesemua 29 pertuduhan itu, semasa prosiding perbicaraan kes di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 21 Mei lalu.
"Sepatutnya, hari itu (21 Mei) ditetapkan untuk sambung bicara, namun pendakwaan memberitahu mahkamah untuk menarik balik kesemua pertuduhan tersebut.
"Ini berikutan, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat pernyataan pembelaan di bawah Seksyen 62 Akta SPRM, dan mereka berpuas hati bahawa kesemua transaksi yang dipertuduhkan adalah wang duluan (advances), yang telah dibayar balik sepenuhnya.
"Oleh itu, pihak pendakwaan menarik balik kes terhadap anak guam saya dan mahkamah kemudian melepas dan membebaskan Noor Ehsanuddin daripada kesemua 29 pertuduhan rasuah," kata peguam itu.
Perbicaraan kes itu bermula pada Ogos 2019 dan seramai 24 saksi pendakwaan, antaranya pegawai bank dan pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia, telah memberi keterangan.
Noor Ehsanuddin, 58, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 14 pertuduhan menerima rasuah bagi bayaran ansuran kenderaan berjumlah RM23,540.68 daripada sebuah syarikat percetakan, Karya Hidayah Sdn Bhd pada 2014 dan 2015.
Difahamkan kenderaan itu adalah sebuah kereta jenis BMW 3 Series.
Di Mahkamah Johor Bahru, tertuduh didakwa atas 10 pertuduhan termasuk menerima suapan wang tunai bernilai RM50,000 dan sebidang tanah daripada syarikat sama, pada 2013 dan 2014.
Tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas lima pertuduhan menerima benda berharga iaitu penyelenggaraan dua buah kenderaan dan yuran guaman bagi pembelian tanah bernilai RM12,707.60.
Kes di Johor Bahru dan Shah Alam dibicarakan bersama dengan kes di Mahkamah Sesyen di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 01 2021
Noor Ehsanuddin dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 29 pertuduhan rasuah. - Gambar fail
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Pilih calon penghubung Kerajaan Pusat dengan DUN Nenggiri - Ahmad Maslan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri memerlukan wakil rakyat yang boleh menjadi penghubung kepada Kerajaan Persekutuan, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Nenggiri akan berubah wajah jika rakyat beri mandat kepada BN - Ahmad Zahid
Nenggiri akan berubah wajah dalam tempoh setahun jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos depan.
Golden melon Felda Sungai Tengi Selatan gah tembusi tembok pasar raya besar
Berpegang kepada peribahasa berbudi kepada tanah, tanah tidak menipu, menjadi resepi kepada kejayaan generasi peneroka Felda Sungai Tenggi Selatan, Hulu Selangor mengusahakan tanaman golden melon.
Guna EV di Felda, ladang
EV itu dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini secara berperingkat bagi menggantikan kenderaan sedia ada.
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Perdana Menteri mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA
Langkah itu diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terkesan dengan penyasaran tersebut.
Ahmad Zahid hadir Program Felda Berselawat
Timbalan Perdana Menteri menyertai lebih 1,500 pengunjung dalam Program Felda Berselawat di MAEPS, malam tadi.
Pendapatan Felda meningkat tiga peratus kepada RM186 juta pada suku pertama 2024
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merekodkan jumlah pendapatan sebanyak RM186 juta pada suku pertama 2024 atau meningkat tiga peratus berbanding suku pertama 2023.
Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda
Program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.
Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda
Felda memaklumkan tiada sebarang tanah milik agensi itu yang bertukar hak milik atau terjual dalam urus niaga sindiket penjualan tanah.