Pihak pendakwaan mengaku di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini bahawa terdapat kesilapan dalam pertuduhan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang disabitkan atas pertuduhan mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo untuk dirinya dan isteri.
Timbalan Pendakwa Raya Masri Daud juga mengaku bahawa tiada pindaan dibuat terhadap pertuduhan.
Beliau berkata pihak pendakwaan hanya menyedarinya apabila kes berada di peringkat rayuan dan menambah pertuduhan tidak boleh dipinda selepas Dr Mohamad Khir didapati bersalah.
"Pertuduhan itu seharusnya menyatakan Dr Mohamad Khir, atas sifatnya sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) (dan tidak atas kapasiti sebagai menteri besar). Tetapi saya berhujah bahawa kesilapan itu boleh diperbetulkan di bawah Seksyen 422 Kanun Prosedur Jenayah," kata Mohd Masri.
Beliau berhujah bahawa sabitan Dr Mohamad Khir tidak patut dibatalkan kerana kesilapan yang dilakukan tidak menyebabkan kegagalan menegakkan keadilan, sambil menambah bahawa sebagai menteri besar Selangor ketika itu, Dr Mohamad Khir juga secara automatik pengerusi PKNS.
Mohd Masri juga berkata tiada tanda-tanda bahawa Dr Mohamad Khir dikelirukan kerana kesilapan dalam pertuduhan.
"Perayu (Dr Mohamad Khir) menyandang dua jawatan pada masa itu," kata beliau dalam rayuan akhir yang difailkan oleh Dr Mohamad Khir yang memohon untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 bulan ke atasnya.
Hakim Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima orang hakim berkata "prinsip asas undang-undang jenayah menyatakan bahawa unsur-unsur penting dalam pertuduhan mesti dibuktikan."
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Mohamad Khir berhujah bahawa walaupun pertuduhan menyatakan bahawa anak guamnya telah menggunakan kedudukannya sebagai menteri besar Selangor untuk mendapatkan tanah dan hartanah di bawah nilai pasaran, perbicaraan bagaimanapun merujuk kedudukan Dr Mohamad Khir sebagai pengerusi PKNS.
Selepas mendengar hujah daripada Mohd Masri dan hujah balas daripada peguam Shafee dan Kamarul Hisham Kamarudin, Zulkefli berkata mahkamah menangguhkan keputusan rayuan hingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Zulkefli berkata mahkamah menangguhkan keputusannya kerana ia memerlukan masa untuk meneliti semua isu yang dibangkitkan dalam rayuan.
Beliau berkata mahkamah juga akan menyampaikan alasan penuh penghakiman. Panel itu, yang juga dianggotai hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali menyambung sidang untuk mendengar hujah daripada pihak pembelaan dan pendakwaan hari ini.
Mahkamah mula mendengar rayuan itu pada 9 Dis tahun lepas.
Pada 23 Dis 2011, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir, 50, bersalah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 47, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan ke atasnya.
Hartanah itu dikatakan diperoleh empat tahun lalu daripada Shamsuddin Hayroni yang menjadi pengarah Ditamas Sdn Bhd.
Dr Mohamad Khir dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Mahkamah Tinggi juga memerintahkan supaya hartanah terbabit dilucutkan hak dan diserahkan kepada kerajaan.
Pada 30 Mei 2013, Mahkamah Rayuan menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Dr Mohamad Khir kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Bernama
Mon Jan 19 2015
![Pendakwa mengaku kesilapan dalam pertuduhan terhadap Khir Toyo Pendakwa mengaku kesilapan dalam pertuduhan terhadap Khir Toyo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/61421671585_295x200.jpg)
Dr Mohamad Khir berbual bersama peguamnya ketika hadir ke Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman pada Isnin. - fotoBERNAMA
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Carian Google AI Overview untuk topik tertentu dimatikan kerana terlalu banyak silap Carian Google AI Overview untuk topik tertentu dimatikan kerana terlalu banyak silap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Carian Google AI Overview untuk topik tertentu dimatikan kerana terlalu banyak silap
Minggu ini, AI Overview mula menawarkan jawapan yang penuh kesilapan, antaranya, mengatakan Barack Obama beragama Islam.
![Manchester United silap langkah rekrut semula Cristiano Ronaldo, kata Solskjaer Manchester United silap langkah rekrut semula Cristiano Ronaldo, kata Solskjaer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631849422_TBRONALDOjpg.jpg)
Manchester United silap langkah rekrut semula Cristiano Ronaldo, kata Solskjaer
Bekas pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui tersilap langkah mengenai pembelian semula kelab Cristiano Ronaldo.
![Levy akui silap percaturan beli pemain Tottenham Levy akui silap percaturan beli pemain Tottenham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676091686_DanielLevy.jpg)
Levy akui silap percaturan beli pemain Tottenham
Spurs masih mengalami kemarau trofi walaupun membelanjakan lebih 500 juta pound sejak April 2019.
![Sukan Komanwel: Kesilapan terjunan sebab Pandelela-Nur Dhabitah tercicir gangsa Sukan Komanwel: Kesilapan terjunan sebab Pandelela-Nur Dhabitah tercicir gangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659822921_PandelelaDhabitah.jpg)
Sukan Komanwel: Kesilapan terjunan sebab Pandelela-Nur Dhabitah tercicir gangsa
Pasangan itu silap langkah dan hanya mampu mengumpul 41.28 mata untuk menjunam ke kedudukan keenam.
![Tokyo 2020: Terkena platform kesilapan paling ditakuti penerjun - Bryan Lomas Tokyo 2020: Terkena platform kesilapan paling ditakuti penerjun - Bryan Lomas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628197988_PandelelaRinong.jpg)
Tokyo 2020: Terkena platform kesilapan paling ditakuti penerjun - Bryan Lomas
Juri hanya memberikan Pandelela 18 mata dalam terjunan pertama berikutan kesilapan sebaik lompatan, untuk mengumpul 245.85 mata keseluruhan.
![Bimbing orang awam kaedah betul guna kit ujian kendiri COVID-19 Bimbing orang awam kaedah betul guna kit ujian kendiri COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61627952520_TBDEMOCOVIDTEST.jpg)
Bimbing orang awam kaedah betul guna kit ujian kendiri COVID-19
Walaupun manual dalam kit ujian kendiri mudah difahami, orang awam masih perlu mendapatkan pandangan daripada pakar mengenai teknik yang betul.
![F1: Hamilton beri penghargaan kepada penonton di Silverstone F1: Hamilton beri penghargaan kepada penonton di Silverstone](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626498308_TBLewisHamilton.jpg)
F1: Hamilton beri penghargaan kepada penonton di Silverstone
Ketinggalan kepada Verstappen dengan 32 mata dalam saingan Kejohanan Pemandu, Hamilton meraih momentum di Silverstone selepas mengatasi pelumba kelahiran Belanda itu dalam aksi kelayakan.
![Kondominium runtuh di Florida: Kesilapan besar dalam struktur reka bentuk asal Kondominium runtuh di Florida: Kesilapan besar dalam struktur reka bentuk asal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624759249_TBBUILDINGMIAMI.jpg)
Kondominium runtuh di Florida: Kesilapan besar dalam struktur reka bentuk asal
Laporan pada 2018 itu mendedahkan, kesilapan itu menghalang aliran air keluar daripada tapak Menara Champlain Selatan itu.
![RHB kesan kesilapan e-penyata akaun semasa RHB kesan kesilapan e-penyata akaun semasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607091521_RHBBANK.jpg)
RHB kesan kesilapan e-penyata akaun semasa
Menurut RHB, kesilapan itu membabitkan kurang 0.50 peratus daripada jumlah pelanggan runcitnya di Malaysia.
![Kesilapan data suntikan vaksin telah diperbetulkan - JKNK Kesilapan data suntikan vaksin telah diperbetulkan - JKNK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51616070163_PembantuPerubatan.jpg)
Kesilapan data suntikan vaksin telah diperbetulkan - JKNK
Langkah pembetulan telah diambil pihak jabatan malah proses validasi sistem juga telah dilakukan dari semasa ke semasa.