JASIN: Pendaftaran sukarelawan bagi program Paramedik Komuniti akan dibuka secara dalam talian bermula Januari ini bagi memudahkan penyertaan orang ramai di setiap kampung yang terlibat.
Pengerusi Program Paramedik Komuniti, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya menyasarkan penyertaan sukarelawan di 339 kampung, bukan sahaja daripada mereka yang terlibat dalam pasukan perubatan malah masyarakat dalam kawasan masing-masing bagi membolehkan mereka memberi bantuan kecemasan awal kepada yang memerlukan.
"Setiap sukarelawan yang terlibat juga akan diberikan latihan menerusi modul disediakan hingga mereka cekap dan akan turut dilengkapi dengan peralatan perubatan untuk memberi respons awal jika berlaku sebarang kecemasan.
"Menerusi Paramedik Komuniti ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat negeri ini bahawa mereka juga boleh jadi sebahagian sukarelawan untuk membantu orang lain dan menjadi hero masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC Bahagian Jasin di Bandar Baru Merlimau Utara, yang dihadiri lebih 2,000 tetamu daripada pelbagai kaum.
Dr Muhamad Akmal, yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkata, perkhidmatan Paramedik Komuniti itu juga akan diperluaskan di kawasan tumpuan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Menurutnya, setakat ini seramai 30 individu sedang dilatih sebelum mereka dilantik sebagai pasukan Paramedik Komuniti di kawasan tumpuan pelancongan dan akan mula memberikan perkhidmatan semasa pelancaran TMM2024.
"Melaka merupakan negeri pertama yang memperkenalkan inisiatif Paramedik Komuniti ini dan kita percaya usaha baik ini akan dicontohi oleh negeri lain," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2023
Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, program Paramedik Komuniti menyasarkan penyertaan sukarelawan di 339 kampung. - Gambar fail Bernama
AWANI Ringkas: Buang bayi - Sepasang kekasih ditahan di Kemaman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 20 May 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Police investigating if attacks on national institutions random acts or coordinated plan - Home Minister
- Five days of mourning in Iran following the death of President Ebrahim Raisi
#AWANIenglish #AWANInews
- Police investigating if attacks on national institutions random acts or coordinated plan - Home Minister
- Five days of mourning in Iran following the death of President Ebrahim Raisi
#AWANIenglish #AWANInews
Bursa Malaysia cecah paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Saham di Bursa Malaysia melepasi paras rintangan 1,620 mata pada Isnin susulan aliran masuk dana yang tinggi ke dalam negara, melonjakkan indeks utama ke paras tertingginya sejak Mac 2021.
Ketua pendakwa raya ICC mohon waran tangkap terhadap PM Israel
Permohonan itu antara lain turut melibatkan pemimpin tertinggi Israel seperti Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant.
AWANI 7:45 [20/05/2024] – Seorang lelaki bawa parang | Surat ugutan, dua peluru | Syarikat berdaya tahan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dua lelaki ceroboh Istana Negara, mengaku bersalah
- Ugut Teresa, polis selesai rakam keterangan dua saksi
- Dagangan Malaysia meningkat 12.1 peratus
- Jumlah syarikat Bumiputera digandakan di Bursa Malaysia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dua lelaki ceroboh Istana Negara, mengaku bersalah
- Ugut Teresa, polis selesai rakam keterangan dua saksi
- Dagangan Malaysia meningkat 12.1 peratus
- Jumlah syarikat Bumiputera digandakan di Bursa Malaysia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
AWANI Tonight: Police investigating whether recent attacks are connected
Police are investigating several attacks targeting important national institutions to determine whether they were random acts or part of a coordinated plan, says Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
AWANI Tonight: Five days’ mourning in Iran after President killed in helicopter crash
Iran has declared five days of public mourning for President Ebrahim Raisi after he and other officials died in a helicopter crash in a mountainous area in the north-west of the country.
Aaliyah terpilih ke Masters-64 di Amerika Syarikat hujung minggu ini
Aaliyah, 20, layak ke kejohanan berprestij itu hasil prestasi cemerlangnya sepanjang musim ini.
Boleh kritik kerajaan tetapi ada had dalam isu 3R - PM Anwar
Anwar berkata dalam melaksanakan kebebasan media, beliau tidak akan membenarkan tindakan yang boleh mencetuskan rusuhan atau membahayakan keselamatan awam.
AWANI Ringkas: Ugut Teresa Kok, polis rakam keterangan dua saksi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pendaftaran sukarelawan Paramedik Komuniti bermula Januari
Program Paramedik Komuniti menyasarkan penyertaan sukarelawan di 339 kampung.