Seorang pencuci kereta mati akibat dikelar di leher dalam pergaduhan di tepi jalan Lorong Cahaya Damai 18, Bandar Semariang, di sini tengah malam tadi, dan polis telah menahan tujuh suspek termasuk suspek utama.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Ernest John berkata mangsa yang mati di tempat kejadian dikenali sebagai Satiban Ak Polis, berusia 20 tahun.
Beliau berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menerima panggilan pada kira-kira 1.15 pagi daripada orang awam memaklumkan berlaku pergaduhan dan telah menyebabkan kematian seorang lelaki Iban di Lorong Cahaya Damai 18.
Katanya menurut seorang saksi, kira-kira pukul 12 malam tadi, si mati yang ketika itu bersama-sama 11 kawannya sedang dalam perjalanan balik ke rumah setelah selesai minum di tepi jalan Lorong Cahaya Damai 18 apabila tiba-tiba dihampiri sebuah van yang dinaiki suspek utama dan empat anggota keluarganya.
"Suspek utama turun dari van dan mengajak si mati untuk terus minum tetapi si mati dan rakan-rakannya enggan.
"Suspek utama yang dalam keadaan mabuk naik berang dan berlaku pergaduhan dan saksi nampak suspek mengeluarkan sebilah pisau lipat dan menyerang si mati sehingga rebah di atas jalan raya," katanya.
Ernest berkata dua lelaki yang merupakan rakan si mati dan dua lelaki anggota keluarga suspek utama turut cedera dan sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.
Katanya suspek utama berumur 31 tahun ditahan di sebuah rumah di Bandar Semariang pada kira-kira 2 pagi tadi manakala turut ditahan reman empat anggota keluarga suspek utama dan dua rakan si mati untuk membantu siasatan.
Beliau berkata pemeriksaan awal oleh pakar bedah forensik mendapati punca kematian pencuci kereta itu adalah kesan hirisan pada leher.
Katanya siasatan polis di tempat kejadian turut menemukan sebilah pedang samurai yang dipercayai dibawa oleh rakan si mati yang datang untuk memberi pertolongan.
Bernama
Mon May 16 2016

Suspek utama yang dalam keadaan mabuk naik berang dan berlaku pergaduhan dan saksi nampak suspek mengeluarkan sebilah pisau lipat dan menyerang si mati sehingga rebah di atas jalan raya. -Gambar hiasan

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Pencuci kereta maut dikelar di leher, suspek utama ditahan
Dua lelaki yang merupakan rakan si mati dan dua lelaki anggota keluarga suspek utama turut cedera dan sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.