Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata insiden pencerobohan di Lahad Datu merupakan "wake-up call" untuk rakyat Malaysia termasuk pasukan keselamatan bersatu menangani ancaman globalisasi yang merentasi sempadan.
Dalam hal ini, kata beliau, walaupun Ops Daulat kini berakhir namun tugas pasukan keselamatan, khususnya angkatan tentera belum terhenti.
"Ops Sanggah (yang menggantikan Ops Daulat) tidak bermakna kehadiran kita (tentera di Sabah) dikurangkan.
"Sebenarnya kehadiran kita di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) and di 10 daerah di Esszone (Zon Keselamatan Timur Sabah) menjurus kepada bagaimana kita memantapkan lagi "wake up call" itu," katanya.
Hishammuddin bercakap kepada pemberita sempena majlis Berbuka Puasa di Dewan Kinabalu Kem Lok Kawi, dekat sini pada Ahad.
Pada majlis itu, Menteri Pertahanan turut menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 30 penerima veteran.
"Saya melihat ada hikmah daripada insiden pencerobohan di Sabah ini, dan hikmah itu memberi pengajaran bagi kita bukan sahaja di Sabah tetapi juga di kawasan-kawasan lain yang membimbangkan.
"Sebenarnya ia juga menjadi contoh negara-negara lain di dunia," katanya.
Mengenai isu beberapa penumpang luar negara yang kini terkandas di kawasan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan akhbar, Hishammuddin berkata pendekatan bersepadu membabitkan pelbagai kementerian termasuk Kementerian Dalam Negeri wajar dilaksanakan bagi membetulkan keadaan.
Beliau yang juga pemangku Menteri Pengangkutan memandang berat perkara itu dan yakin ia boleh ditangani.
"Kalau kita lihat masalah ini dalam satu sudut perspektif sahaja, kita tidak akan dapat menyelami punca masalah itu.
"Saya percaya Ketua Pengarah Imigresen sekarang ini sedang bukan sahaja (membuat) pemantauan (mengenai perkara itu) tetapi juga menyediakan laporan".
Bernama
Mon Jul 15 2013

Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Perintah berkurung dijenama semula Perintah Kawalan ESS ZONE Sabah - KPN
Perintah berkurung dilaksanakan di perairan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan di Sabah dijenamakan semula sebagai ESS ZONE Sabah.

Perintah berkurung ESSZONE dilanjutkan sehingga 9 Februari
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, perintah berkurung itu yang berakhir esok, kini dilanjutkan sehingga 9 Februari depan.

Bulan Kemerdekaan: ESSCOM lancar kempen kibar Jalur Gemilang di pos keselamatan
Pengagihan Jalur Gemilang itu bukan sahaja kepada petugas di pos kawalan, malah kepada masyarakat awam yang melalui kawasan berkenaan.

Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan dilanjutkan selama 14 hari.

Perintah berkurung di ESSZone dilanjut 14 hari lagi
Perintah berkurung itu meliputi perairan Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Polis kesan cubaan pengganas masuk ke perairan Sabah, tegas keselamatan terkawal
Polis mengesan cubaan masuk anasir yang mengancam keselamatan negara termasuk pergerakan pengganas ke kawasan perairan Sabah.

Anggota Abu Sayyaf ditembak mati bukan dalam 21 senarai dikehendaki - ESSCom
Pada bulan Januari, ESSCom mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di ESSZone termasuk lima nama baharu.

KPN sarankan perintah berkurung ESSZONE ditarik balik
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyarankan agar perintah berkurung di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE) ditarik balik.

Perintah berkurung di Esszone dilanjut ke 30 Julai
Perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Cubaan seludup 18 tong gas di perairan Tawau gagal
Suspek warga tempatan yang berumur 33 tahun itu dipercayai cuba menyeludup keluar barang kawalan tersebut ke Indonesia.