JOHOR BAHRU: Keluarga mangsa pencemaran Sungai Kim Kim berharap agar kerajaan dapat mengkaji semula hukuman yang dijatuhkan kepada dalang pencemaran sungai berkenaan yang disifatkan tidak setimpal dengan penderitaan yang dialami mangsa.
Seorang daripada mangsa, Irfan Wafiy Idham Wazir, 16, sehingga kini perlu menanggung penderitaan kerana perlu bertongkat selepas disahkan menghidap Myokymia iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan beberapa anggota badan menggeletar akibat daripada pencemaran itu.
Ibunya Norlela Abu Hashim, 50, ketika dihubungi Bernama berkata kerajaan perlu memperketatkan lagi undang-undang dan mengenakan denda yang tinggi bagi memastikan tiada lagi individu yang berani untuk membuat kesalahan pencemaran seumpama itu.
"Hukuman yang dijatuhkan perlu setimpal, jika ia (denda) hanya setakat itu (sedikit), ia seolah-olah nyawa budak-budak yang terkesan ini adalah murah.
"Seperti anak saya yang sehingga sekarang masih memerlukan tongkat kerana tidak 100 peratus baik, meskipun kejadian ini telah berlaku sejak lima tahun lepas ketika dia darjah enam," kata ibu lima anak itu.
Beliau berkata anak keempatnya itu yang mempunyai semangat yang tinggi masih memerlukan rawatan terapi untuk menguatkan kakinya.
Norlela bagaimanapun menzahirkan ucapan tahniah kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana mengendalikan kes itu sehingga individu terlibat berjaya dibuktikan bersalah.
Sementara itu, Mohd Rafee Abdullah, 51, berkata pencemaran itu sehingga kini menjejaskan kesihatan dan masalah pernafasan terhadap anaknya Nur Akma Darisha Sofea, 11.
Beliau berkata seharusnya selain memberikan hukuman yang setimpal kepada pesalah, mangsa juga perlu mendapat pembelaan dari segi bantuan perubatan.
"Anak saya masih buat rawatan susulan pakar paru-paru di hospital, kadangkala dia bersekolah, kadangkala tidak, bergantung kepada keadaan kesihatan. Jadi saya berharap, agar kerajaan dapat turut membantu mangsa dari segi bantuan perubatan yang berterusan untuk meringankan beban kami," katanya.
Kejadian pencemaran sisa bahan kimia itu menggemparkan seluruh negara sehingga menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, pada 7 Mac 2019.
JAS dalam kenyataan malam tadi memaklumkan seorang pemandu lori didenda maksimum RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 30 Nov lepas, kerana menyebabkan kejadian pencemaran membabitkan pelupusan haram buangan terjadual di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor pada 2019.
Sementara itu, syarikat P Tech Resources Sdn Bhd, yang berdepan lapan pertuduhan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, juga didenda RM40,000 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan denda RM320,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023
![Pencemaran Sungai Kim Kim: Hukuman tidak setimpal - Keluarga mangsa Pencemaran Sungai Kim Kim: Hukuman tidak setimpal - Keluarga mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71627836942_KIMIA.jpg)
Keluarga mangsa pencemaran Sungai Kim Kim berharap agar kerajaan dapat mengkaji semula hukuman yang dijatuhkan kepada dalang pencemaran sungai berkenaan yang disifatkan tidak setimpal dengan penderitaan yang dialami mangsa. - BERNAMA
Tidak akan jejas kuota Bumiputera
Sejak sistem kuota dilaksanakan sekitar tahun 1970-an, ia bermatlamatkan untuk melahirkan lebih ramai golongan profesional daripada kaum Bumiputera.
Calon PN lancar manifesto 'kerja'
Menurut Abidin, PN juga bertekad untuk menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Sungai Bakap yang telah dihadapi sejak enam tahun lalu.
UMNO fokus dapatkan sokongan pengundi muda untuk calon PH
UMNO yakin Joohari Ariffin dari Pakatan Harapan yang menjadi taruhan Kerajaan Perpaduan akan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Sabtu ini.
Dua lagi individu direman babitkan projek lebuh raya lebih RM1 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua individu lagi melibatkan seorang pengerusi dan pengarah syarikat sub kontraktor kerana dipercayai terbabit rasuah bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1 bilion.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717849402_JOHORBAHRU.jpg)
PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari
Jentera BN-PH telah bergerak secara menyeluruh di kawasan DUN Sungai Bakap, untuk mendekati seramai mungkin pengundi bagi membantu kempen calon PH itu.
![250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA 250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719933855_TBGaza.jpg)
250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA
Kira-kira 250,000 warga Gaza terjejas oleh perintah pengosongan yang dikeluarkan oleh Israel baru-baru ini.
![Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719933494_TBFadillahYusof.jpg)
Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong
Cadangan itu merupakan langkah mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan menyokong perkembangan industri.
![Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719929006_TBIndiastampede.jpg)
Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh.
![Bencana Kim Kim: 9 suspek ditahan bantu siasatan kes pencemaran sisa kimia Bencana Kim Kim: 9 suspek ditahan bantu siasatan kes pencemaran sisa kimia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81552566126_SUNGAIKIMKIM.jpg)
Bencana Kim Kim: 9 suspek ditahan bantu siasatan kes pencemaran sisa kimia
Dua daripada suspek ditahan di Johor, manakala tujuh lagi ditahan di luar Johor.
![Sungai Kim Kim: Bencana ini bukannya banjir! - MP Pasir Gudang Sungai Kim Kim: Bencana ini bukannya banjir! - MP Pasir Gudang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41552554799_MANGSA.jpg)
Sungai Kim Kim: Bencana ini bukannya banjir! - MP Pasir Gudang
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menegaskan bahawa bencana pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang tidak boleh disamakan dengan bencana banjir.
![Bahan kimia boleh disebar ke mangsa kedua jika tidak dibasuh - Dr Dzulkefly Bahan kimia boleh disebar ke mangsa kedua jika tidak dibasuh - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71552461992_SUNGAIKIMKIM.jpg)
Bahan kimia boleh disebar ke mangsa kedua jika tidak dibasuh - Dr Dzulkefly
Angin kuat yang membawa gas kimia itu ke kawasan awam yang menjejaskan manusia berdekatan.
![Calon SPM sekolah terjejas boleh ambil keputusan di PPD Pasir Gudang Calon SPM sekolah terjejas boleh ambil keputusan di PPD Pasir Gudang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61551957187_kpm.jpg)
Calon SPM sekolah terjejas boleh ambil keputusan di PPD Pasir Gudang
Calon SPM 2018 dari sekolah yang terjejas akibat pencemaran kimia boleh mengambil keputusan mereka di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang
![Cuaca panas, tiupan angin punca gelombang kedua pencemaran sisa toksik Cuaca panas, tiupan angin punca gelombang kedua pencemaran sisa toksik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71552360549_sungai.jpg)
Cuaca panas, tiupan angin punca gelombang kedua pencemaran sisa toksik
JBPM percaya insiden gelombang kedua pencemaran sisa toksik yang berlaku di Johor Bahru adalah disebabkan pergerakan tiupan angin selain cuaca panas di kawasan berkenaan.
![Pencemaran bahan kimia: Pemilik syarikat tayar kitar semula mungkin didakwa esok Pencemaran bahan kimia: Pemilik syarikat tayar kitar semula mungkin didakwa esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71552461992_SUNGAIKIMKIM.jpg)
Pencemaran bahan kimia: Pemilik syarikat tayar kitar semula mungkin didakwa esok
Pemilik syarikat tayar kitar semula, antara tiga suspek ditahan Isnin lepas, yang dipercayai membuang sisa toksik ke Sungai Kim Kim baru-baru ini, dijangka didakwa di mahkamah seawalnya esok.