Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan pencemaran Sungai Gong hingga menyebabkan kira-kira lima juta orang mengalami gangguan bekalan air di Lembah Klang sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab yang mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.
Seri Paduka yang menzahirkan rasa dukacita terhadap kejadian berkenaan bertitah agar pihak disyaki terlibat menyebabkan pencemaran dibawa ke muka pengadilan dan jika didapati bersalah dikenakan tindakan tegas dan hukuman lebih berat.
"Al-Sultan Abdullah yang mengikuti perkembangan sejak hari pertama gangguan bekalan air tidak berjadual ini amat prihatin terhadap keluh kesah dan beban rakyat mengharungi situasi itu.
"Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa simpati kepada rakyat yang terpaksa beratur menunggu giliran dan bertungkus -umus mengambil air setiap kali gangguan bekalan berlaku," menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika menerima menghadap Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Istana Negara, hari inii.
Seri Paduka bertitah, kes pencemaran sungai itu adalah kes pencemaran berulang menyebabkan kemudaratan bukan sahaja kepada kehidupan rakyat, malah kepada sosioekonomi sehingga banyak perniagaan terpaksa ditutup berikutan gangguan bekalan air tidak berjadual itu.
Kes pencemaran Sungai Gong sejak Khamis lepas menyebabkan 1.2 juta akaun membabitkan kira-kira lima juta pengguna di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Media sebelum ini melaporkan pihak berkuasa mengenal pasti sebuah premis sebagai punca pencemaran sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihenti tugas.
Gangguan terbaharu bekalan air yang tidak berjadual itu bukan yang pertama diharungi oleh rakyat di Selangor dan Kuala Lumpur.
Situasi itu dialami penduduk Lembah Klang sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal tahun.
Selain tindakan tegas, Al-Sultan Abdullah menyeru pihak berkuasa khususnya Kementerian Alam Sekitar dan Air menerusi Jabatan Alam Sekitar mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan kes pencemaran sungai seumpama itu dapat dibendung dengan berkesan dan tidak berulang.
"Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan sokongan terhadap tindakan kerajaan negeri Selangor yang mengarahkan supaya pemilik premis yang menjadi punca pencemaran air merobohkan struktur bangunan kerana tanah persendirian yang dibangunkan sebagai premis penyelenggaraan jentera berat itu didapati tidak mempunyai kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan," katanya.
BACA: Kilang punca pencemaran air bakal diroboh - MB Selangor
BACA: Cemar air: Denda akan dinaikkan kepada RM1 juta - MB
Kenyataan Istana Negara itu turut menyatakan bahawa Seri Paduka menzahirkan ucapan penghargaan kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan agensi kerajaan berkaitan atas tindakan segera yang diambil bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan air kepada kawasan terjejas.
Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah bertitah agar penjagaan alam sekitar diberi fokus oleh pihak berkuasa, khususnya dalam urus tadbir pengurusan sungai dan aktiviti kesedaran dalam kalangan rakyat.
Pembentukan jati diri dan sayang kepada alam sekitar perlu didedahkan dengan memberi didikan awal kepada anak-anak dengan penganjuran aktiviti dan program amal pembersihan kawasan awam sebagai bentuk pengajaran. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 07 2020

Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa simpati kepada rakyat yang terpaksa beratur menunggu giliran dan bertungkus -umus mengambil air setiap kali gangguan bekalan berlaku. - Gambar fail BERNAMA
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Waktu bekerja penjawat awam Pahang setiap Jumaat hingga 12.30 tengah hari sepanjang Ramadan
Baginda bertitah penetapan waktu bekerja itu susulan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Feb lepas.

'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.

'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang
Baginda turut menzahirkan perancangan untuk mengadakan kembara atau 'roadshow' di negeri itu pada bulan April nanti.

Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.

Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.

'Titah adendum itu benar, abang saya takkan fitnah Sultan sendiri' - Nooryana
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah.

Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.

Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.

Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.

Kakanda Sultan Pahang dahului senarai 27 penerima darjah kebesaran Pahang
Kakanda Sultan Pahang Tengku mendahului senarai 27 penerima darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang.