KUALA LUMPUR: Prestasi keseluruhan 100 hari Ahli Jemaah Menteri berjaya mencapai 90 peratus daripada sasaran ditetapkan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebanyak 140 sasaran telah ditetapkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 100 hari itu.
"Pada 24 September 2021 yang lalu, saya telah memuktamadkan Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari yang diukur berdasarkan Perkhidmatan Teras Kementerian (50%), Penilaian Prestasi Menteri (25%) dan Persepsi Awam (25%) terhadap Menteri dan Kementerian.
"Sebanyak 140 sasaran telah ditetapkan untuk dilaksanakan sepanjang tempoh 100 hari tersebut, yang melibatkan 31 Yang Berhormat Menteri daripada lima Kluster, iaitu Kluster Menteri Kanan, Ekonomi, Sosial, Keselamatan dan Infrastruktur," jelasnya.
"Prestasi keseluruhan 100 Hari Jemaah Menteri belum menepati sasaran 100% seperti yang dihasratkan. Namun pada ketika ini, Ahli Jemaah Menteri telah mencapai sekitar 90 peratus," jelasnya.
Bagaimanapun jelas Perdana Menteri, sesetengah prestasi tidak dapat dinilai daripada kaji selidik semata-mata.
SEMUANYA MENGENAI PRESTASI 100 HARI JEMAAH MENTERI, KLIK DI SINI
Namun ujarnya, peratusan yang dicapai bukan alasan untuk seluruh pimpinan kerajaan mendabik dada.
Sebaliknya menyuntik kesungguhan dan iltizam buat Jemaah Menteri untuk terus bekerja bersama rakyat.
"Sasaran penuh Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ini tidak mustahil untuk dicapai sekiranya seluruh ahli Jemaah Menteri dengan kerjasama penjawat awam, menggembleng tenaga dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkesan kepada Keluarga Malaysia, dengan mengetepikan segala kerenah birokrasi yang rumit.
"Bak kata orang Iban, "entik begempung kitai sepanjung, entik pamar kitai dekat ngepar"" - Jika bersatu, suara kita akan lebih didengar, jika berpecah usaha kita sia - sia," jelasnya ketika melancarkan 100 Hari Aspirasi #Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Khamis.
Hadir sama dalam majlis itu, Menteri-Menteri Kanan dan barisan Jemaah Menteri serta kepimpinan tertinggi kementerian dan agensi kerajaan.
Fareez Azman
Thu Dec 09 2021
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebanyak 140 sasaran telah ditetapkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 100 hari itu.- Foto BERNAMA
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
Pencapaian 100 hari: Prestasi keseluruhan Jemaah Menteri capai 90 peratus - Ismail Sabri
Prestasi keseluruhan 100 hari Ahli Jemaah Menteri berjaya mencapai 90 peratus daripada sasaran ditetapkan.