JOHOR BAHRU:Seorang lelaki yang ditemui mati dalam longkang di KM40.1 Lebuhraya Utara Selatan Plus berhampiran Sedenak, Ahad lalu dipercayai diserang oleh sekumpulan individu tidak dikenali.
Mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan, 34, difahamkan bekerja sebagai penarik kereta ditemui mati dalam keadaan beberapa tetakan dan kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan yang lain.
Menurut Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Md Yusof Ahmad, mayat mangsa ditemui di laluan bertentangan arah selatan.
Sementara itu, seorang lagi rakan mangsa sempat melarikan diri ke tebing lebuh raya berdekatan.
Siasatan awal mendapati mangsa bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur memandu kenderaan jenis Toyota Vellfire diarah menarik sebuah kereta kerana pemiliknya di Johor Bahru gagal membayar wang ansuran kenderaan tersebut.
Difahamkan kereta yang dipandu mangsa telah terbabas setelah dihimpit dua buah kenderaan lain.
Pelanggaran dikatakan berpunca dari rasa tidak puas hati susulan penarikan kereta terbabit.
Hasil siasatan polis berjaya menahan dua lelaki berumur 26 tahun dan 33 tahun di lokasi kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ernalisa Othman
Wed Dec 23 2020

Siasatan awal mendapati mangsa bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur memandu kenderaan MPV Toyota Vellfire di arah menarik kereta akibat gagal dibayar pemiliknya di Johor Bahru. - Foto: PDRM

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

Lelaki ditemukan mati dalam longkang berdekatan rumah terbakar
Seorang lelaki ditemukan mati di dalam longkang berdekatan sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kok Tiong.

Mayat lelaki ditemukan dalam longkang
Polis Daerah Petaling Jaya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian jam 6.34 petang, pada Rabu lalu.

Remaja 15 tahun ditemui maut dalam longkang
Siasatan masih dilakukan oleh pihak polis untuk mengenal pasti punca kejadian berikutan mangsa ditemui bersama sebuah motosikal.

1 maut, 2 cedera kereta terbabas masuk longkang
Mangsa yang tersepit di dalam kereta jenis Honda City disahkan mati di tempat kejadian manakala dua yang lain berjaya keluar sendiri.

Gelandangan ditemui mati dalam longkang
Hasil pemeriksaan fizikal pada tubuh mangsa, mendapati tiada sebarang kecederaan yang berunsur jenayah.

Buang al-Quran dalam longkang: Polis selesai ambil keterangan 14 individu
Polis kini masih dalam proses melengkapkan siasatan kes berkenaan dan sedang berusaha mengesan pihak yang melakukan perbuatan itu.

SAR seorang lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas di Ukay Perdana disambung pagi ini
Pencarian akan difokuskan di sekitar kawasan mangsa dipercayai terjatuh sehingga ke kawasan tebing Sungai Kemensah.

Mayat ditemukan terapung di Tanjung Aru
Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun dijumpai oleh orang awam sekitar jam 7.45 pagi sebelum pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Dua maut, satu parah kereta terbabas masuk longkang
Pemandu kenderaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang di bahu kanan jalan.