KUALA LUMPUR: Peserta industri penerbangan memuji usaha kerajaan susulan pengembalian penarafan Penilaian Keselamatan Penerbangan Antarabangsa (IASA) Malaysia kepada Kategori 1 oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA)
Dalam kenyataan pada Sabtu, pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjelaskan penarafan Kategori 1 akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan dan meningkatkan ketersambungan rangkaian negara.
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah melakukan usaha yang sangat besar untuk memastikan penarafan IASA Kategori 1 Malaysia dikembalikan.
Beliau berkata penarafan yang lebih baik itu akan membantu dalam usaha pemasaran MAHB untuk menarik lebih banyak syarikat penerbangan agar beroperasi di Malaysia, sekali gus meningkatkan ketersambungan rangkaian negara dan potensi hab.
"Ia sesuatu yang sungguh membanggakan memandangkan ini telah dilakukan ketika industri penerbangan negara masih berusaha menangani kesan selepas pandemik COVID-19.
"Pengembalian penarafan itu akan meningkatkan keyakinan global terhadap kualiti perkhidmatan navigasi udara kita," katanya.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, AirAsia menjelaskan pengembalian penarafan ini akan membuka lebih banyak peluang pengembangan rangkaian penerbangan jarak sederhana hingga jarak jauh pada masa hadapan terutama ke Amerika Syarikat (AS) dan negara Asia lain termasuk Jepun dan Korea yang memberi kelulusan kawal selia berdasarkan piawaian FAA.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, AirAsia Aviation Group Ltd, Bo Lingam berkata pengumuman tersebut adalah tepat pada masanya memandangkan peningkatan permintaan terhadap perjalanan susulan kebangkitan semula industri selepas pandemik.
"Pengembalian penarafan keselamatan kepada Kategori 1 ini bukan sahaja membuka peluang untuk kami mengembangkan rangkaian penerbangan pada masa hadapan, malah akan menstabilkan industri penerbangan negara secara keseluruhan," katanya.
Menurut AirAsia, pengembalian penarafan kepada kategori itu juga memberi peluang kepada Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) yang sedang berkembang, untuk meningkatkan perkhidmatannya kepada syarikat penerbangan serantau dan berpotensi untuk menyelenggara syarikat penerbangan antarabangsa yang lain.
AirAsia X adalah satu-satunya syarikat penerbangan dalam kumpulan itu yang beroperasi ke AS secara terus, ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, Jepun, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022

Penarafan yang lebih baik itu akan membantu dalam usaha pemasaran MAHB untuk menarik lebih banyak syarikat penerbangan agar beroperasi di Malaysia. - Gambar hiasan

Sultan Pahang cadang Desa Kayangan di Brinchang jadi tarikan pelancong
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kampung Desa Kayangan di Brinchang di sini dijadikan Kampung Melayu yang menjadi tarikan pelancong.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista, Sepang, awal pagi Jumaat. #AWANInews
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah
Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

MAHB akan dinyahsenarai dari pasaran utama, hari terakhir dagangan pada 19 Feb
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.