TELUPID: Penantian lebih lapan tahun seorang guru berasal dari Semenanjung di Sekolah Kebangsaan Ulu Ansuan dekat sini untuk mendiami sebuah rumah guru yang selesa akhirnya menjadi kenyataan Isnin lepas (20 Nov) atas keprihatinan Kerajaan Perpaduan.
Muhd Fareed Fuzi Awang, 35, guru prasekolah sekolah berkenaan yang berasal dari Kulim, Kedah, berkata dengan adanya rumah guru baharu itu, beliau tidak lagi mengalami masalah kebocoran siling rumah dengan air menitis masuk menerusi bumbung setiap kali hujan lebat serta membasahi rumah daif yang didiaminya itu.
"Saya bersyukur dengan apa yang sudah diberikan (sediakan) oleh Kementerian Pendidikan (KPM) iaitu sebuah rumah. Bolehlah memberikan kami (guru) sedikit motivasi untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan lebih lama di sini (SK Ulu Ansuan).
"Saya bersyukur dengan apa yang saya dapat. Lapan tahun saya menanti. Tetapi sebelum ini pun, banyak pula guru yang lagi susah, terpaksa tinggal di rumah bambu. Tetapi rumah bambu itu sudah tiada," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sekolah itu.
Demi cinta terhadap profesion keguruan, Muhd Fareed percaya ada sekolah terutama di pedalaman yang mengalami kesusahan lebih teruk dan beliau berharap isu yang ditonjolkan SK Ulu Ansuan itu akan membuka mata semua pihak terhadap masalah sama yang mungkin turut dihadapi sekolah lain.
Baru-baru ini media melaporkan Guru Besar SK Ulu Ansuan George Odol yang akan bersara wajib pada 27 Nov ini, tinggal di dalam sebuah stor prasekolah selama lebih tiga tahun, untuk meneruskan perjuangannya mendidik anak bangsa.
Sekolah yang mula beroperasi pada tahun 2000 itu pada awalnya tidak mempunyai kemudahan rumah guru, namun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta guru sekolah itu antara lain mengambil inisiatif membina rumah panjang lima pintu tersebut, namun ia dalam keadaan daif sebelum usaha tambah baik itu dilaksanakan dengan kos RM200,000 melalui Perancangan Pembangunan Infrastruktur (Perapi) di bawah Sektor Perancangan KPM.
Rumah yang ditambah baik itu berkonsepkan rumah studio, dilengkapi sebuah dapur dan tandas serta kamar mandi yang sempurna.
Guru lain yang turut terlibat dengan inisiatif membina rumah panjang itu pada 2015 ialah Vivien Lodin 36, berasal dari Ranau. Beliau juga pernah tinggal di stor prasekolah itu sebelum George ditugaskan di sekolah berkenaan pada 2020.
"Saya tinggal di stor itu bersama kerani dan Pembantu Pengurusan Murid prasekolah. Tetapi disebabkan stor itu agak sempit, pada Jun 2015, kami mengeluarkan duit masing-masing sebanyak RM7,000 untuk membina rumah panjang, sebelum ia ditambah baik," katanya.
Sebelum berpindah ke rumah yang ditambah baik bersaiz 3.6m x 4.8m itu, Vivien dan rakan guru terpaksa menginap sementara di dalam kelas, manakala kelas dijalankan di bawah kanopi di padang sekolah.
Meskipun menghadapi cabaran sedemikian, Vivien tetap ikhlas dan berusaha mengajar dan mendidik murid di sekolah pedalaman itu.
Berbeza dengan Muhd Fareed dan Vivien yang tidak mempunyai keluarga, Keneddy Gurongot, 43, yang berasal dari Tuaran, pula bertugas dan tinggal di SK Ulu Ansuan bersama sepasang anaknya berumur 12 dan lapan tahun yang bersekolah di situ.
Bapa kepada tiga anak itu berkata beliau telah tinggal di rumah daif di sekolah itu selama 18 tahun sebelum berpindah ke rumah yang dinaik taraf manakala isterinya tinggal di Tuaran bersama anak sulungnya yang merupakan Orang Kurang Upaya yang bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas di Tuaran.
"Saya memang orang kampung dan biasa tinggal dalam keadaan begini. Bagi saya 'biasa-biasa' saja. Tetapi yang saya rasa bertuah dapat bertugas di sini ialah saya berjaya melahirkan ramai pelajar yang berjaya masuk ke universiti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023
Rumah yang ditambah baik itu berkonsepkan rumah studio, dilengkapi sebuah dapur dan tandas serta kamar mandi yang sempurna. - Gambar/ Bernama
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Tiada 'Error 404' pun, 'dashboard' Projek Daif dapat diakses
Ianya bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam yang mendakwa dashboard berkenaan tidak dapat diakses.
PRN Sabah: Paluan gendang pilihan raya bermula, harapan rakyat setinggi Kinabalu
Paluan gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula dengan rasminya. Seramai 447 calon diumumkan bertanding pada PRN Sabah kali ini.
"Mungkin Maszlee ada kelemahan, itu normal" - Abang Jo
Abang Jo mengaku hubungannya dengan Dr Maszlee sebelum ini berlangsung baik, malah telah beberapa kali bertemu dalam kunjungan hormat bekas Menteri Pendidikan itu ke Sarawak.