PUTRAJAYA: Meskipun bukan tetamu rasmi atau khas, kemunculan istimewa seekor kucing yang popular menerusi media sosial yang dikenali sebagai "King Oyen" mencuri perhatian pada hari ketiga raptai separa perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023, hari ini.
Dengan memakai pakaian berwarna Jalur Gemilang berserta tanjak songket dan cermin mata hitam, kucing berusia empat tahun itu dibawa pemiliknya Siti Zalifah Abdul Aziz dengan menaiki basikal di Dataran Putrajaya seawal 6 pagi bagi menambah "mood" Hari Kebangsaan, Khamis ini.
Orang ramai yang hadir melihat persiapan raptai sambutan Hari Kebangsaan itu nyata turut teruja dan mengambil foto bersama kucing berbulu oren itu selain "terpukau" dengan persembahan perbarisan, perarakan, persembahan dan pertunjukan udara yang diterajui Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Siti Zalifah berkata kucing yang sangat patuh pada arahannya itu gemar berbasikal dengan beliau sejak 2020 dan haiwan fotogenik yang mesra dengan orang ramai.
"Pakaian ini khas untuk memeriahkan suasana Hari Kebangsaan. Semangat kemerdekaan ini bukan hanya untuk kita, tetapi juga King Oyen. Tahun lepas pun, King Oyen datang sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan Khamis ini akan turut berada di sekitar Dataran Putrajaya," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata semangat "patriotik" kucing itu sangat tinggi apabila dilihat tidak penat menunggu berjam-jam di bawah cuaca panas untuk melihat perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan.
King Oyen mula popular dengan video peragaan berserta outfit of the day (OOTD) menerusi Instagram dan TikTok serta pernah menjadi perbualan dalam media sosial apabila berbasikal bersama selebriti Alif Satar di Bukit Tunku pada Februari lepas.
King Oyen atau dengan nama Macho Kingsley kini mempunyai 4,873 pengikut melalui Instagram.
Hari Kebangsaan 2023 yang akan disambut di Putrajaya dengan bertemakan "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan" bakal menampilkan 10 komponen kontinjen pada acara perbarisan dan perarakan iaitu Kenegaraan; Perpaduan Malaysia MADANI; Ekonomi; Perbankan; Telekomunikasi; Industri Kreatif; Komuniti; Sukan Negara; Kesejahteraan dan Keselamatan Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023

Kemunculan istimewa seekor kucing yang popular menerusi media sosial yang dikenali sebagai "King Oyen" mencuri perhatian pada hari ketiga raptai separa perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023, hari ini. - Foto BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Penampilan King Oyen tambah "mood" Hari Kebangsaan
Kemunculan istimewa seekor kucing yang yang dikenali sebagai "King Oyen" mencuri perhatian pada hari ketiga raptai Hari Kebangsaan 2023.