Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P. Ramasamy memohon maaf kerana mencetuskan kontroversi berhubung isu penamatan kontrak pengendali gerai makanan G. Gopi Krishnan di Politeknik Seberang Perai (PSP).
NGO berkenaan ialah Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM) Pulau Pinang dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang.
Yang Dipertua PSSGM Pulau Pinang Mohd Mamsin Anor Kassim mendakwa Ramasamy cuba mengapi-apikan isu berkenaan kerana mencetuskan sentimen perkauman.
"Kenyataan Ramasamy yang dibuat pada sidang media 29 Jun lepas amat tidak bertanggungjawab. Kenyataan sebegitu tidak sepatutnya keluar daripada seorang yang mempunyai intelektual yang tinggi. Sepatutnya beliau berterima kasih kepada politeknik kerana membantu masyarakat India," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Isu kontrak Gopi Krishnan yang kononnya ditamatkan oleh politeknik itu kerana beliau bukan Islam menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Gopi Krishnan, 45, mengadakan sidang media bersama Ramasamy pada 29 Jun lepas, bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas kontrak beliau tidak diperbaharui oleh PSP.
Jabatan Pendidikan Politeknik dalam kenyataan semalam, menyatakan permohonan peniaga itu ditolak selepas ia didapati tidak memenuhi syarat dan kriteria yang termaktub dalam spesifikasi sebut harga iaitu tidak mempunyai Kod Bidang 040103 Makanan Bermasak Islam.
Mohd Mamsin berkata selain Ramasamy, Gopi Krishnan juga harus memohon maaf kepada pihak yang berkenaan.
Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa negeri Mohd Nasir Othman berkata ini bukan kali pertama Ramasamy mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan sentimen perkauman.
"Sebelum ini Ramasamy turut mencetuskan kontroversi berhubung isu 13 Mei 1963. Jadi ini bukan yang pertama. Ramasamy mengeluarkan kenyataan ini tanpa mengambil kira sensitiviti orang Islam dan orang Melayu," katanya.
Beliau berkata Ramasamy perlu melihat isu itu secara objektif dengan merujuk dan berjumpa pihak pengurusan PSP untuk menyelesaikan perkara tersebut dan bukan mempolitikkannya.
Justeru, Mohd Nasir berkata Perkasa Pulau Pinang akan membuat laporan mengenai kenyataan Ramasamy terhadap PSP di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2017
P. Ramasamy digesa memohon maaf kerana mencetuskan kontroversi berhubung isu penamatan kontrak pengendali gerai makanan G. Gopi Krishnan di Politeknik Seberang Perai (PSP). -Gambar fail
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Penamatan kontrak gerai di PSP: Ramasamy perlu mohon maaf - NGO
Selain Ramasamy, Gopi Krishnan juga harus memohon maaf kepada pihak yang berkenaan.