KUALA LUMPUR: Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) menyeru kesemua Ahli Parlimen untuk menyokong Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Sabtu, MHC memohon agar keputusan sukar ini dapat dilaksanakan demi generasi akan datang.
Ahli-Ahli Parlimen, jelas MHC, perlu mempunyai iltizam politik jitu seperti yang diperlihatkan semasa penetapan larangan-larangan berkaitan COVID-19 dalam menimbang tara antara kebebasan individu dan kesihatan awam jangka panjang.
Jelas MHC, undang-undang ini mampu melindungi generasi yang lahir selepas tahun 2005 daripada bahaya rokok dan produk hasil tembakau.
Dalam pada itu, MHC turut mencadangkan beberapa langkah untuk diambil oleh KKM terutamanya dalam penyampaian maklumat yang tepat berkenaan rang undang-undang ini kepada rakyat.
KKM juga, jelasnya, perlu menangani pendapat awam dengan berhati-hati dan melibatkan pemegang-pemegang taruh berkaitan untuk mendorong orang awam untuk memilih kesihatan sejagat.
Penguatkuasaan secara teratur dan berkesan terutama kepada larangan merokok di semua premis makanan dan minuman juga perlu diteruskan bagi memastikan tujuan utama undang-undang berjaya dicapai.
Polisi yang dikenali dengan Generational End Game (Generasi Penamat) ini dijadual dibentangkan di Parlimen pada bulan ini.
Akta baharu itu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005.
Hafizi Rosli
Sat Jul 23 2022

Ahli-Ahli Parlimen jelas MHC perlu mempunyai iltizam politik yang jitu untuk menyokong Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi - Foto/Astro AWAN
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Keputusan pinda terma GEG, selepas dengar cadangan Peguam Negara - Dr Zaliha
KKM meminda terma GEG kepada OBD dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 merupakan nasihat daripada Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
![[KOLUMNIS] Kawalselia vape dengan segera: guna peraturan sedia ada [KOLUMNIS] Kawalselia vape dengan segera: guna peraturan sedia ada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696587939_TBTunZakiAzmi.jpg)
[KOLUMNIS] Kawalselia vape dengan segera: guna peraturan sedia ada
Ketika perbincangan berterusan mengenai cadangan GEG, pelbagai perkembangan ketara telah muncul, terutamanya KKM yang dikritik hebat mengenai langkahnya mengeluarkan cecair nikotin dari senarai bahan.

45 persatuan pemilik kedai kopi tolak pembentangan GEG
Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura dan 44 persatuan gabungannya merayu Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan semula pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat (GEG).

Kumpulan kesihatan antarabangsa sokong RUU kawalan produk tembakau
Rang undang-undang berkenaan memperuntukkan larangan ke atas individu yang lahir pada 2007 dan selepas itu daripada merokok.

Penamat rokok: 'Laksana keputusan sukar demi generasi akan datang' - MHC
MHC menyeru kesemua Ahli Parlimen untuk menyokong Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi

'Jangan samakan isu vape dengan rokok' - Move
Move bertegas, isu melibatkan rokok elektronik atau vape tidak boleh sama sekali disamakan dengan rokok yang disifatkan lebih berbahaya untuk kesihatan.

Generasi Penamat Rokok: Rugi atau untung buat negara? Ikuti perbincangan Dialog Tiga Penjuru malam ini
Apakah pelaksanaan "Generasi Penamat" akan mendatangkan kerugian atau sebenarnya keuntungan kepada negara?