Penahanan peguam kepada bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang, telah dilanjut selama 28 hari bermula Jumaat.
Peguam yang mewakilinya Mohd Akmal Afiq berkata kepada Astro AWANI bahawa lanjutan tahanan itu dibuat pihak polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.
“Kami bagi pihak pasukan peguam Matthias sedang menyiapkan dokumen bagi menghalang penahanan lanjutan itu seterusnya akan difailkan pada Isnin ini di mahkamah,” ujar Mohd Akmal sambil menambah dokumen tersebut sedang disiapkan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
Matthias sejak Khamis memulakan mogok lapar dalam usaha untuk menegakkan ‘keadilan, kebenaran dan kehormatan’, seperti yang dinyatakannya dalam satu kenyataan akhbar.
“Beliau yang ditemui hari ini masih meneruskan mogok lapar namun kelihatan masih kuat dan terus bersemangat,” kata Mohd Akmal.
Menjawab pertanyaan berkenaan kenyataan media daripada Matthias yang dikeluarkan selepas beliau ditahan, Mohd Akmal menjelaskan bahawa ia sudahpun disediakan lebih awal kerana Matthias sudah tahu akan tindakan yang bakal dihadapinya sejak Khairuddin ditahan.
“Ia sudah dibuat lebih awal sebelum beliau ditahan. Apabila telahannya betul, beliau mengarahkan pembantu peribadinya untuk menyebarkan kenyataan media tersebut,” katanya.
Pada 28 September lepas, Matthias telah dipanggil bagi memberi keterangan di IPD Dang Wangi berhubung kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu.
Khairuddin sebelum ini, direman selama enam hari mulai 19 September mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas dakwaan cuba melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.
Hamzah Hamid
Fri Oct 09 2015

Matthias dilaporkan masih kuat dan bersemangat walaupun sedang dalam mogok lapar. - Gambar fail
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

Tun Mahathir desak Najib lantik saya, dakwa Shafee
Tun Dr Mahathir didakwa telah mendesak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib agar melantik Tan Sri Shafee sebagai pendakwa raya khas dalam perbicaraan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khairuddin, Matthias bebas tuduhan sabotaj perkhidmatan perbankan dan ekonomi negara
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan bekas Naib Ketua UMNO bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam, Matthias Chang.

Rayuan pihak pendakwaan terhadap kes Khairuddin dan Chang didengar Jumaat ini
Rayuan pihak pendakwaan terhadap kes Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang Wen Chieh akan didengar di Mahkamah Rayuan Jumaat ini.

Mahkamah putuskan tuduhan terhadap Khairuddin dan Matthias tidak tertakluk di bawah SOSMA
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan pertuduhan terhadap bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang adalah tidak tertakluk di bawah SOSMA.

Penjara nafi dakwaan Matthias ditempatkan bersama penghidap HIV, batuk kering
Supri berkata Chang ditahan reman di Penjara Sungai Buloh dan beliau sememangnya ditempatkan di klinik Penjara Sungai Buloh atas syor pegawai perubatan yang memeriksa dan merawatnya.

Di manakah jawatankuasa lindung jamin SOSMA? - Gani Patail
Bekas Peguam Negara bertanya di manakah jawatankuasa lindung jamin atau 'check and balance' pelaksanaan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 SOSMA.

Mahkamah tolak permohonan Khairuddin, Matthias dibebaskan dengan ikat jamin
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang yang menghadapi pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan kewangan negara gagal dalam permohonan untuk dibebaskan dengan ikat jamin.

'Apabila SOSMA disalah guna, itu yang saya tidak setuju' - Muhyiddin
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan pendiriannya yang sama sekali tidak berubah tentang SOSMA.

Mahkamah dengar Isnin depan permohonan Khairuddin dan Chang
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang memohon Mahkamah Tinggi menyemak pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap kewangan negara.

KPN: Tidak wujud salah guna SOSMA
Tidak wujud isu penyalahgunaan SOSMA berhubung penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang, kata Ketua Polis Negara.