KUALA LUMPUR: Penahanan aktivis Fahmi Reza dan Mukmin Nantang oleh pihak berkuasa adalah membimbangkan serta usaha melampau menekan kebebasan bersuara dan berekspresi.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap dan tindakan kerajaan dalam menginjak kebebasan yang dijamin Perlembagaan adalah cubaan jelas membungkam kritikan dan terus berpaut pada kuasa.
“Malaysia sudahpun menyaksikan rekod hak asasi manusia dan tingkat kebebasan medianya merudum parah di bawah kerajaan hari ini yang terus terusan menyalahgunakan kuasa.
“Kerajaan mesti segera menghentikan penggunaan akta-akta lapuk untuk menekan suara-suara kritikan dan pendapat yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Pada Jumaat, aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza atau nama sebenarnya Fahmi Reza Mohd Zarin
ditahan polis dipercayai bagi membantu siasatan kes menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sehari selepas itu, Fahmi dibebaskan dengan jaminan polis.
BACA: Isu hina Raja Permaisuri Agong, Fahmi Reza direman sehari
Sementara Mukmin Nantang pula ditangkap setelah ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP dengan mengadakan perhimpunan pada 24 April di sempadan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Muhibbah Raya di Tawau.
Perhimpunan itu diadakan bagi menggesa kerajaan tidak melanjutkan PKPD di kawasan itu.
Mukimin Nantang menghadapi tuduhan bawah tiga tindakan undang-udang, iaitu, Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman, Seksyen 188 Kanun Keseksaan mengenai menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 25 Ordinan Darurat yang memperuntukkan kompaun denda sebanyak RM10,000.
Mengulas lanjut penahanan dua aktivis tersebut, Presiden PKR itu juga menggesa kerajaan mendengar keluh-kesah rakyat ketika ini.
“Dengar luahan rakyat dan bekerja untuk mereka, bukan untuk diri kalian semata,” ujarnya.
Afiezy Azaman
Mon Apr 26 2021
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap dan tindakan kerajaan dalam menginjak kebebasan yang dijamin Perlembagaan adalah cubaan jelas membungkam kritikan dan terus berpaut pada kuasa. - Gambar fail
Pembinaan terusan hubung Mekong beri kesan pada Vietnam
Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet pada Isnin merasmikan terusan kontroversi yang berpotensi mengurangkan penghantaran melalui pelabuhan-pelabuhan milik negara jirannya, Vietnam. Terusan kontroversi itu menelan belanja 1.7 bilion dolar dan dibiayai oleh syarikat utama milik kerajaan China dikenali China Road and Bridge Corporation.
Dua ditahan seludup ganja guna cadar, mainan kucing
Dua individu ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes penyeludupan ganja dalam bungkusan cadar dan mainan kucing yang dibawa dari Thailand ke United Kingdom (UK) melalui Indonesia.
Australia tingkatkan tahap amaran keganasan
Australia meningkatkan tahap amarannya berkaitan keganasan daripada 'mungkin' kepada 'hampir' pada Isnin, susulan peningkatan pandangan yang menyokong keganasan di negara itu.
Protes Bangladesh: Kumpulan perusuh ceroboh kediaman rasmi Sheikh Hasina
Perusuh di Bangladesh telah membentuk satu protes yang besar dan menceroboh masuk kediaman rasmi Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, selepas dia melepaskan jawatan dan melarikan diri dari negara itu.
PM Bangladesh Hasina mendarat di India
Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina mendarat di pangkalan tentera udara di India pada petang Isnin, selepas beliau melarikan diri dari negaranya berikutan demonstrasi besar-besaran terhadap kerajaannya.
Kapten Batik, Fairuz Ramdan kolaborasi peraga koleksi “Ori-Tsuru”
Dengan sentuhan magis, Kapten Batik dan Fairuz Hamdan mengetengahkan koleksi Ori-Tsuru" bagi menghargai kisah inspirasi seorang gadis Jepun, Sadako Sasaki yang menjadi mangsa serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.
Rakyat Malaysia di Lubnan perlu lebih berjaga-jaga
Susulan peningkatan ketegangan di antara rejim Zionis Israel dan Tentera Hezbollah yang berlaku di Lubnan, Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin berkata ia sedang memantau rapat situasi tersebut.
Buat masa ini, Kementerian berkata, insiden berbalas serangan yang sedang berlaku di Selatan Lubnan tidak melibatkan atau menjejaskan rakyat Malaysia yang berada di sana.
Buat masa ini, Kementerian berkata, insiden berbalas serangan yang sedang berlaku di Selatan Lubnan tidak melibatkan atau menjejaskan rakyat Malaysia yang berada di sana.
Ringgit terus kukuh, naik kepada 4.42 berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan momentum kenaikan dari minggu lepas untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin di tengah-tengah kelemahan Indeks Dolar AS.
AMANAH mahu diberi peluang bertanding
Parti AMANAH Kluang mahu diberi peluang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang akan diumumkan tidak lama lagi.
SPR keluarkan 41 kertas undi pos, tiada hari mengundi awal
Tiada pusat mengundi awal akan dibuka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak.
Dalam satu kenyataan pada Isnin beliau berkata, 43 kertas undi pos telah dikeluarkan terdiri daripada 41 undi pos Kategori 1A (petugas pilihan raya dan anggota polis), dan dua undi pos Kategori 1C (agensi dan organisasi).
Dalam satu kenyataan pada Isnin beliau berkata, 43 kertas undi pos telah dikeluarkan terdiri daripada 41 undi pos Kategori 1A (petugas pilihan raya dan anggota polis), dan dua undi pos Kategori 1C (agensi dan organisasi).
"Tahniah Zii Jia, satu persembahan yang memukau!" - PM Anwar
Semangat juang Lee Zii Jia ibarat satu persembahan yang memukau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kadar kenaikan gaji penjawat awam Selangor dilaksanakan selaras pengumuman PM
Lebih 21,000 penjawat awam Selangor bakal menerima kadar baharu kenaikan gaji selaras dengan pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia tidak akan henti bantu Palestin, akan sediakan tempat rawatan untuk mereka - PM
Malaysia sediakan tempat rawatan kesihatan untuk rakyat Palestin, khususnya wanita dan kanak-kanak yang tercedera akibat kekejaman Zionis
Percepat bina Lebuhraya Pan Borneo Sabah - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dipercepat bagi membolehkan rakyat negeri itu menikmati kemudahan jalan raya lebih baik.
Himpunan Pembebasan Palestin: Anggota trafik berkawal, pastikan lalu lintas lancar
Sebanyak 65 pegawai dan anggota trafik ditugaskan mengawal lalu lintas bagi memastikan kelancaran aliran trafik di sekitar Axiata Arena, Bukit Jalil.
RM16 bilion ialah peruntukan keseluruhan untuk Sabah - Anwar
Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa RM16 bilion diumumkannya untuk Sabah pada Pesta Kaamatan 31 Mei lepas, ialah peruntukan keseluruhan untuk negeri itu bagi tahun ini.
PM Anwar ajak rakyat nyatakan solidariti pada Himpunan Pembebasan Palestin esok
Anwar mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama berhimpun bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin pada Himpunan Pembebasan Palestin yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil esok.
Meta beri jaminan siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin esok tidak diganggu - Fahmi
Meta memberi jaminan kepada kerajaan bahawa siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin yang akan diadakan esok tidak akan diturunkan.
Kerajaan segerakan peruntukan atasi banjir di Rantau Panjang - PM Anwar
Kerajaan akan menyegerakan peruntukan kewangan untuk mengatasi masalah banjir di Rantau Panjang yang berpunca dari muara Sungai Golok.
PM Anwar pantau Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu di Kelantan
Perdana Menteri hari ini melakukan lawatan pemantauan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 1 di Tunjung, Kota Bharu.