Seorang warga emas berusia 89 tahun bukan saja telah ditumbuk malah putus pergelangan kaki kirinya akibat ditetak seorang suspek dipercayai penagih dadah yang hilang pertimbangan sewaktu memeras wang.
Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Tanjong Rendang, Lemal di sini pada kira-kira jam 6 petang itu, suspek dikatakan telah datang ke rumah mangsa, Mek Som Mat Diah, untuk meminta wang daripadanya.
Apabila permintaannya tidak dilayan wanita berkenaan, suspek yang berusia 19 tahun itu terus menceroboh masuk ke rumah mangsa dan menumbuk bahagian muka mangsa sehingga terjatuh.
Setelah itu, mangsa memberitahu, melihat suspek memegang sebilah senjata tajam yang kemudian terus menetak kaki kirinya.
Mangsa yang menjerit kesakitan telah menarik perhatian penduduk setempat yang kemudian bergegas ke lokasi kejadian.
Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 6.25 petang dan suspek yang berjaya ditangkap oleh orang kampung itu telah diserahkan untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Pasir Mas untuk siasatan lanjut.
Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Pasir Mas dan difahamkan berada dalam keadaan stabil.
Astro Awani
Sun Jun 19 2016
Pergelangan kaki kiri warga emas ini telah ditetak oleh lelaki berusia 19 tahun dipercayai penagih dadah. - Foto Astro AWANI
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
Agenda AWANI: Siap siaga, kes MPOX di Malaysia
Kes positif mpox varian clade II dalam negara, adakah kita mengulangi kesilapan sama jika lambat bertindak? Adakah masyarakat cakna mengenai penjagaan kesihatan dan waspada dengan sebarang ancaman penyakit berjangkit?
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Ribut tropika Pulasan mungkin hampiri barat daya Jepun - Agensi cuaca
Menurut agensi cuaca Jepun pada Selasa, ribut tropika besar yang semakin kuat mungkin menghampiri wilayah Okinawa dan kawasan Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
MP PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa MoU itu antaranya mengandungi satu bab khusus mengenai isu bangsa, agama dan Raja-Raja, di mana Ahli-ahli Parlimen PN dilarang untuk bersuara mengenainya kerana menyentuh isu itu dianggap sebagai menyebarkan kebencian.
24 mangsa, tiga kanak-kanak diselamatkan
Bomba menyelamatkan 24 mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap akibat di Kampung Kubang Kayu, Bukit Kayu Hitam.
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
Banjir: Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibeku
Cuti hampir 800 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dibekukan berkuat kuasa hari ini susulan situasi banjir di negeri ini.
Pengawal keselamatan diberkas cederakan adik, nenek
Mangsa berumur 23 tahun bersama neneknya berumur 64 tahun mengalami kecederaan di bahagian bahu dan pipi.
Polis berkas penagih dadah ugut bunuh ayah sendiri
Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan bahan terlarang itu.
Polis berkas lelaki ugut sembelih ibu sendiri
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek yang berusia 33 tahun diberkas ekoran laporan yang dibuat ibunya yang berusia 71 tahun.
Kejam! Tetak leher ibu hingga putus kerana RM124
Apabila diberitahu yang dia tidak mempunyai wang sebanyak itu, Sumudi terus naik berang dan mengancam membunuh ibunya.
Tetak kaki warga emas hingga putus, pemuda direman tujuh hari
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri bermula hari ini sehingga Ahad depan.
Penagih dadah tumbuk, tetak kaki warga emas hingga putus
Dalam kejadian di Kampung Tanjong Rendang itu, suspek dikatakan telah datang ke rumah mangsa, Mek Som Mat Diah untuk meminta wang.