KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) hari ini memperincikan pemberian diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung dan Sabah yang diumumkan kerajaan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan seramai 2.9 juta pengguna domestik di Semenanjung yang menggunakan elektrik bulanan sebanyak 200 Kilowatt jam (kWj) akan menikmati diskaun bil elektrik sebanyak 40 peratus.
Katanya bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan antara 201 hingga 300kWj pula akan mendapat diskaun sebanyak 15 peratus, penggunaan elektrik di antara 301 hingga 600kWj (diskaun 10 peratus) dan penggunaan elektrik di antara 601 hingga 900kWj (lima peratus).
"Diskaun ini akan diberikan bagi bil elektrik bulan Julai, Ogos dan September ini," katanya dalam kenyataan.
Diskaun itu antara inisiatif bantuan menerusi pakej PEMULIH yang bernilai RM150 billion diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, untuk meringankan beban rakyat berikutan pendemik COVID-19.
Shamsul Anuar berkata bagi pengguna elektrik bukan domestik di Semenanjung pula, diskaun diberikan lima peratus bagi kategori tarif komersial, industri dan pertanian di bawah voltan rendah, manakala pengguna elektrik dalam enam sektor perniagaan terpilih dalam inisiatif PEMERKASA Plus akan terus menerima diskaun 10 peratus bagi tempoh yang sama.
Sementara itu, pengguna elektrik di Sabah akan menikmati diskaun bil elektrik secara bersasarbagi tempoh tiga bulan bermula Julai melibatkan diskaun 40 peratus bagi penggunaan elektrik bulanan sebanyak 200kWj dan ke bawah.
"Pengguna elektrik bulanan di antara 201 hingga 300kWj terima diskaun 15 peratus; 301 hingga 500kWj (diskaun 10 peratus) dan 501 hingga 1000kWj (diskaun lima peratus).
"Bagi pengguna bukan domestik di Sabah di bawah kategori komersial, industri dan pertanian bervoltan rendah akan menikmati diskaun bil elektrik sebanyak lima peratus, sama seperti di Semenanjung," katanya.
Sepanjang tempoh kawalan pergerakan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara, beliau berkata tiada pemotongan bekalan elektrik kepada semua pengguna, penangguhan pemotongan bekalan elektrik kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil tidak melebihi enam bulan sehingga 30 Sept dan Pelan Bayaran Mudah untuk pengguna domestik ditawarkan sehingga 31 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 28 2021
Seramai 2.9 juta pengguna domestik di Semenanjung yang menggunakan elektrik bulanan sebanyak 200 Kilowatt jam (kWj) akan menikmati diskaun bil elektrik sebanyak 40 peratus. - Gambar hiasan/BERNAMA
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Pemulih SiberKASA jadi agenda lahirkan 20,000 bakat keselamatan siber menjelang 2024
Pemulih SiberKASA: Program Latihan Kemahiran Keselamatan Siber menjadi antara pengerak agenda untuk melahirkan 20,000 bakat dalam bidang keselamatan siber menjelang 2024.
Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi bantu koperasi sepanjang PKP - Noh Omar
Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi berjumlah RM20 juta membantu koperasi yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
GKP 4.0: Bemanfaat untuk jangka masa lebih panjang, PKS boleh luaskan pasaran digital
Gunakan RM1000 itu, meskipun tidak banyak tapi sekurang-kurangnya gunakan ia untuk yang penting, jelas Azharee.
PM harap pemberian BKC bermula esok ringankan beban rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Satu bermula esok sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-
CBP lulus 47,413 permohonan moratorium PEMULIH
CBP meluluskan lebih 47,000 permohonan moratorium Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sehingga pertengahan Julai lalu, dengan nilai keseluruhan melebihi RM3.2 bilion.
Buntu fikir jaga dua anak sakit selepas suami hilang pendapatan
Bagi Noor Suraya Saidin, 36, dan suaminya, Mohd Idzwan Jamari, 39, keadaan tidak mudah lebih-lebih lagi dua daripada empat anak mereka mempunyai penyakit serius.
Bantuan bakul makan kepada penduduk Pulau Perhentian tidak pernah putus
Sejak pandemik COVID-19 melanda lebih setahun lalu, bekalan bantuan makanan yang diterima mereka tidak pernah putus.
Tiga fasa pengagihan bakul makanan diberi kepada penduduk Pulau Redang
Lebih RM50,000 telah dibelanjakan bagi membantu masyarakat Pulau Redang yang mempuyai kira-kira 2,000 penduduk.
Bantuan bakul makanan ringankan beban hidup tiga beranak
Penduduk di daerah Kuala Pilah yang terjejas pendapatan dialu-alukan datang ke pejabat Pusat Khidmat Rakyat Kuala Pilah.
Kerajaan perlu berhati-hati guna ruang fiskal yang ada - Pakar ekonomi
Sehingga akhir Jun tahun ini, paras hutang statutori mencecah 56.8 peratus, namun ia masih di bawah had statutori 60 peratus KDNK yang dibenarkan.