Pemuda Umno Bahagian Pekan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis hari ini bagi membantah perhimpunan Bersih 5.0 yang dijangka diadakan di sini pada 23 Oktober ini.
Ketua Pemuda Umno Pekan Shahruddin Ahmad berkata laporan dibuat kerana himpunan itu dilihat hanya membawa kemusnahan terutama terhadap perpaduan dalam kalangan masyarakat di Pekan.
"Kita percaya perhimpunan Bersih 5.0 akan menyebabkan huru-hara, mendatangkan perpecahan dan mencabar sokongan jitu masyarakat di sini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Selain itu, sudah terbukti sebelum ini ia lebih banyak mengakibatkan kerosakan seperti mengotorkan kawasan, vandalisme dan menjurus kepada penglibatan gangsterisme.
"Jika mereka masih berdegil untuk meneruskannya kemungkinan pertembungan antara kumpulan baju kuning dan baju merah akan berlaku dan ini akan menimbulkan kekecohan," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta polis mengambil tindakan tegas bagi menghalang himpunan tersebut untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Shahruddin berkata perhimpunan Bersih 5.0 itu juga akan mencemarkan imej Pekan sebagai bandar Diraja menjelang sambutan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, bulan ini.
"Sempena bulan memuliakan Hari Keputeraan Sultan Pahang, sudah tentu banyak program rasmi kerajaan negeri diadakan di Istana Sultan Abu Bakar yang akan dihadiri tetamu penting.
"Justeru, adalah tidak wajar mereka merosakkan sambutan tersebut dan memalukan Tuanku Sultan dan kerajaan Pahang dengan menganjurkan perhimpunan seperti ini," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2016

Shahruddin Ahmad memberi kenyataan media selepas membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan Bersih 5.0 di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, hari ini, 16 Oktober, 2016. -- fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis panggil ahli keluarga 'baju merah' hubungi Caprice
Tindakan memanggil seorang ahli keluarga berkenaan adalah bagi merekodkan percakapannya dengan influencer itu.

Bom dilempar depan kediaman PM Thailand
Jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan susulan kejadian yang berlaku sekitar 8 malam Ahad.

'Agi Idup Agi Ngelaban' jadi pegangan ketika bertugas - Fenny Anak Nuli
Kata motivasi dan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' menjadi pegangan Fenny Anak Nuli sepanjang bertugas.

Jamal Yunos sengaja buat provokasi untuk gagalkan perhimpunan Bersih 5.0
Jamal berkata provokasi itu dilakukan selepas beliau memperoleh maklumat daripada media sosial, pihak Bersih mungkin akan mengepung KLIA dan beberapa tempat strategik semasa perhimpunan 19 Nov 2016.

'Saya dulu selamba je keluar masuk lokap' - Rafizi nasihat Jamal serah diri
Rafizi menersi laman Twitternya meminta supaya Jamall berani berdepan dengan cabaran politik semasa dan memberi kerjasama kepada polis

Polis Thai rampas senjata, peluru dirancang diguna jika kuil Dhammakaya diserbu
Polis Thailand menahan sembilan orang dalam beberepa serbuan di seluruh negara susulan rampasan sejumlah besar senjata api dan peluru.

'Bersih 7' dilancar, gariskan 7 tuntutan terhadap kerajaan negeri Selangor
Program berkenaan akan diadakan selama empat bulan dengan acara kemuncaknya pada 1 April tahun depan.

'Bersih 7': Jamal, tolong jangan keruhkan lagi suasana - Nur Jazlan
Jamal turut dinasihatkan agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan provokasi.

Hadir Bersih 5: Mahfuz sedia berdepan Jawatankuasa Disiplin PAS
Datuk Mahfuz Omar bersedia untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti kerana menyertai Perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.

Jamal Yunos dibebaskan, akan lancar 'Bersih 7' untuk selamatkan Selangor
Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, ia akan dilancarkan pada petang esok di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.