Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) mencatat sejarah baru kerana pihak yang bukan ahli politik turut menunjukkan minat untuk bertanding.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa pihaknya mengalu-alukan penyertaan golongan agamawan dalam bidang politik.

Khairy berkata penyertaan pihaknya menerima dengan terbuka sebarang keputusan yang dibuat oleh golongan agamawan untuk memilih mana-mana parti.

"Kalau mereka nak bertanding untuk Umno kita mengalu-alukan dan kalau mereka nak bertanding untuk parti lawan pun kita terimalah sebab mereka bebas buat sedemikian," dalam satu siding media.

Beliau mengulas kemungkinan dua sosok agamawan, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Juanda Jaya yang mungkin bertanding pada PRU-13 nanti.

Kedua-duanya merupakan bekas mufti Perlis dan sering mengulas isu berkaitan politik semasa.

Sementara itu ketika mengulas kecenderungan mahasiswa bertanding dalam PRU-13, Khairy berkata semua pihak perlu menghormati hak demokrasi yang diberikan kepada golongan tersebut.

"Dalam demokrasi kita kena terima siapa-siapa nak lawan kita selagi dia boleh bayar deposit dengan SPR bertandinglah. Tapi fikir dua tiga kali lah jangan sampai hilang deposit, bukan senang nak bertanding pilihan raya... ni bukan pilihan raya kampus," kat beliau.

Beliau menjelaskan Pemuda Umno tidak menawarkan mahasiswa bertanding pilihan raya kerana mahu golongan tersebut menumpukan perhatian kepada pelajaran.